Sunday 2 December 2018

ZAHID BERI JAMINAN PERHIMPUNAN AMAN ICERD TIDAK SAMA DENGAN RUSUHAN DI SUBANG.

2 DIS: Perhimpunan aman bagi meraikan kejayaan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ICERD pada Sabtu ini tidak akan sama dengan rusuhan yang telah berlaku di Subang.
Jaminan itu telah diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri mesyuarat bersama senator-senator Barisan Nasional di Menara Dato Onn hari ini.
Ahmad Zahid memberitahu, perhimpunan yang akan dianjurkan nanti dengan rusuhan yang telah berlaku merupakan dua perkara berbeza.
”Ia merupakan dua isu berbeza. Apa yang berlaku di Subang tidak ada perkaitan dengan ICERD.
“Kami panggil ia perhimpunan aman dan saya telah pun sebutkan, Pas sudah sebutkan dan pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah sebutkan bahawa ia (perhimpunan) bagi meraikan kejayaan penolakan ratifikasi ICERD di pihak kerajaan.
“Jadi, tidak salah kita raikannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment