KUALA LUMPUR, 11 Dis – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kecewa melihat apa yang beliau usahakan untuk ekonomi Malaysia sebelum ini, kini semakin hancur berkecai di bawah tangan Menteri Kewangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng.
Tambah Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, nilai Ringgit Malaysia dan pasaran saham negara jelas menunjukkan ketidakstabilan di mana semakin hari semakin merudum ditambah pula dengan tindakan pelabur luar meninggalkan Bursa Malaysia.
“Carta Bursa Malaysia juga menunjukkan ketidakstabilan. Jatuh lagi hari ini. Celah mana yang positif saya tak pasti. Berturut-turut sebulan dua ini pelabur asing berpusu-pusu tinggalkan pasaran saham Malaysia.
“Jika kita imbas kembali, semasa kerajaan BN (Barisan Nasional) mentadbir tahun ini, Bursa Malaysia mencecah setinggi 1,895.18 mata. Kini ia telah jatuh melebihi 200 mata.
“Di mana yang dikatakan keyakinan pelabur asing melonjak naik? Menteri Kewangan kita tengah main ‘SimCity’ atau apa?,” sinis Najib dalam hantaran di Facebooknya.
Najib turut membidas Setiausaha Agung Dap itu yang mengatakan keyakinan pelabur asing telah melonjak naik.
“Jika benar ada pelabur asing melabur besar-besaran di Malaysia, sudah tentu Ringgit kita akan bertambah kukuh,” tegasnya.
Justeru itu, Najib amat berharap agar menteri-menteri kabinet PH yang sering ‘melancong’ ke luar negara berkongsi apakah hasil daripada ‘lawatan sambil belajar’ mereka untuk peningkatan ekonomi negara.
“Saya dapati bahawa Menteri-menteri kita kerap melancong ke luar negara. Maszlee pergi, Darell Leiking pergi, Lim Guan Eng pergi. Ada juga yang pergi ke London untuk ‘lawatan sambil belajar’.
“Dahulu, setiap kali ada misi ke luar negara, Menteri-menteri perlu memberi justifikasinya dan dengan jelas menyatakan hasil lawatan kerja mereka.
“Sekarang ini, saya tidak pasti. Siapa nampak apa hasilnya?,” soal Najib.
No comments:
Post a Comment