KUALA LUMPUR, 29 Dis –Dalam isu kematian arwah Adib Mohd Kassim sekarang mana yang lebih penting, menyiasat punca kematian beliau melalui Mahkamah Koronor atau menyiasat empat suspek yang telah disyaki mencederakan beliau tempoh hari yang telah dibebaskan atas jaminan polis?
Nampaknya ada satu yang tidak kena dalam isu kes ini walaupun ia tidak menyalahi prosedur undang-undang. Mengapa Peguam Negara tidak mengarahkan agar empat suspek dalam jaminan polis itu terus ditahan dan disiasat sekali lagi untuk mengesahkan sama ada merekalah yang mengakibatkan kecederaan dan seterusnya kematian Adib?
Kami rakyat yang perihatin mempersoalkan mengapa pihak Kerajaan menerusi Peguam Negara cuba memesongkan pandangan rakyat yang menunjukkan seakan-akan kematian anggota bomba, arwah Adib Mohd Kassim terbela walhal pembunuhnya masih bebas?
Kami amat simpati dengan keluarga arwah Adib yang sehingga kini tertanya-tanya siapakah pembunuh anak mereka?
Oleh itu kami sebagai rakyat yang inginkan keadilan untuk beliau dan keluarga mendesak pihak polis menyelesaikan siasatan fail kes ini dengan segera dan pihak Pejabat Peguam Negara sebagai Pendakwaraya perlu tegas menerusi siasatan Pegawai Penyiasat Polis bagi menentukan sama ada arwah Adib dibunuh, siapa tertuduhnya dan bukan menggunakan Prosiding Inquest Kematian oleh sebuah Mahkamah Koronor bagi tujuan bagaimana arwah Adib meninggal dunia dan bukan mencari Pembunuhnya.
Adakah pihak Pejabat Peguam Negara tidak percaya dengan kredibiliti bahagian forensik hospital atas penyebab awal kecederaan Adid dan seterusnya membawa kepada maut? Ini mungkin satu alasan Peguam Negara mengarahkan agar sebuah Mahkamah Koronor diwujudkan untuk mengetahui punca kecederaan yang dialami Adam yang mengakibatkan maut.
Rakyat sekarang melihat samada Kerajaan ini mematuhi ‘Rule of Law’ atau hanya menggunakan prosidur undang-undang bagi melenggah-lenggahkan keadilan.
Sebagai maklumbalas setelah membaca menerusi keratan akhbar berkaitan kenyataan YB Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan satu Inquest Kematian dibuat untuk menentukan punca kematian arwah Adib, anggota bomba yang meninggal dunia yang disyaki telah dipukul semasa kejadian rusuhan di kuil Hindu USJ Subang.
Pertama, kami rakyat terpanggil untuk bertanya mengapa Menteri KDN yang memberi pernyataan akhbar tersebut dan bukan Peguam Negara sendiri?
Ini telah memberi persepsi kepada Rakyat Malaysia bahawa Menteri KDN telah campur tangan terhadap urusan siasatan polis dan pendakwaan Peguam Negara.
Kedua, mengapa Peguam Negara mengarahkan satu Inquest Kematian dibuat walhal pihak polis sedang atau masih menyiasat kes kematian arwah Adib ini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan?
Oleh itu kami mempersoalakan, adakah Peguam Negara sudah tidak percaya dengan kredibiliti dan kecekapan pihak polis melakukan tugas siasatan kes bunuh ini?
Lojiknya, sudah tentu tindakan menyiasat “punca kematian” dan menyiasat “siapa yang menyebabkan kematian” arwah Adib merupakan objektif yang berlainan.
Nampaknya Peguam Negara memilih untuk langkah ke belakang dengan menyiasat “punca kematian” yang mana telah pun dilakukan oleh pihak Bahagian Forensik hospital. Ini ada sesuatu yang tidak kena dan mencurigakan rakyat.
No comments:
Post a Comment