Thursday, 20 December 2018

MENTERI PERUSAHAAN UTAMA PH TERESA KOK, MENUJU KE ARAH MENJADI JUARA MAHARAJA LAWAK

20 DIS: Usaha Menteri Perusahaan Utama Teresa Kok untuk mempertingkat permintaan kelapa sawit yang turun menjunam dengan memperkenalkan idea baru yang mahu semua pelajar di sekolah dan universiti negara ini menyertai kelab kelapa sawit dan menjadi Duta Minyak Sawit.

“Setiap idea sama ada baik atau tidak, boleh diguna atau tidak, itu lain cerita. Tetapi sebagai seorang Menteri ia tidak seharusnya menjurus ke arah ia menjadi bahan lawak.
Sekurang-kurangnya, Menteri Industri Utama DAP ini sangat 'kreatif dan berinovasi' untuk melahirkan idea-idea baru sehingga ia dilihat sebagai menjadi bahan lawak oleh rakyat.
Bulan lepas, Teresa mahu ladang-ladang guna payung melindungi pokok getah dari hujan ketika menghadapi musim tengkujuh.
Minggu lalu pula, dia seru rakyat untuk makan dan ‘bukannya menggunakan’ lebih banyak minyak kelapa sawit. Nasib baik dia tidak seru agar rakyat makan dan minum minyak kelapa sawit bagi menampung harga sawit yang semakin menurun.
Manakala beberapa hari lalu pula, dia seru semua ahli MCA untuk membeli buah tandan segar kelapa sawit sebagai pemberian hadiah pada hari Natal bagi menampung harga sawit yang semakin menurun.
Hari ini, dia mahu pelajar-pelajar di semua sekolah dan universiti negara ini untuk menyertai kelab kelapa sawit dan menjadi Duta Minyak Sawit. Persoalannya, adakah ini peranan pelajar-pelajar dan mahasiswa untuk mempromosikan kelapa sawit negara? Apakah tugas dan peranan Menteri Perusahaan Utama pula? Adakah hanya dengan makan gaji buta?
“Syabas, YB Teresa Kok. Teruskan usaha anda itu semoga anda menjadi ‘Juara Maharaja Lawak’ dalam rancangan TV yang disiarkan oleh ASTRO.
Ini adalah salah satu daripada contoh kualiti menteri PH yang terdapat dalam kerajaan yang kononnya dikatakan ‘Malaysia Baharu’.

No comments:

Post a Comment