Mohd Khairul Azam
1. Bagi pihak Dato Adi Azuan, mantan COO Tabung Haji, saya ingin membuat beberapa penjelasan bagi pihak anakguam saya utk menjelaskan kepada semua Rakyat Hakim Negara yg sedang di momokkan dengan berita berat sebelah oleh media yang di kawal rejim maha zalim.
2. Anakguam kami telah menyerahkan semua bukti komunikasi dengan syarikat kontraktor berkenaan bahawa kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian dapur rumah beliau adalah di tanggung oleh anakguam kami sendiri.
3. Pihak kontraktor juga telah memberikan sebut harga dan butiran perbincangan design semuanya di dokumen kan tidak di buat atas kapasiti jawatan anakguam kami.
4. Anakguam kami juga telah menyerahkan bukti 4 keping cek Maybank kepada pihak kontraktor sbg bayaran perkhidmatannya membuat kabinet dapur.
5. Kesemua cek adalah dari akaun peribadi anakguam kami dan di bayar berperingkat mengikut proses kerja.
6. SPRM walaubagaimana pun di arahkan utk membutakan mata terhadap semua bukti berkenaan dan penyiasatan di buat untuk mengaitkan kononnya anakguam kami mendapat khidmat percuma dari kontraktor Tabung haji atas kapasiti jawatannya.
7. Semua saksi kejadian telah di ugut untuk memberikan keterangan palsu terhadap anakguam kami.
8. Kami telah bersedia dengan segala dokumen untuk membuktikan ketidakbersalahan anakguam kami.
9. Kamu boleh membuli kami ketika kamu sedang berkuasa hari ini.
10. Esok belum tahu kamu akan kekal berkuasa.
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Peguambela & Peguamcara
No comments:
Post a Comment