Saturday, 1 December 2018

POLIS PERLU BEBASKAN MUHAMMAD AZRI@PAPAGOMO DENGAN KADAR SEGERA.

“Semasa zaman kerajaan sebelum ini, Ramai pemimpin mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan malah ada yang mahu mengulingkan Kerajaan, BN tidak menggunakan tangan gaib mereka untuk menzalimi pemimpin pembangkang ketika itu.”


Dato’ Razlan Rafii


Saya dimaklumkan Mahkamah menolak Reman yang dipohon oleh Polis Di Raja Malaysia terhadal En Muhammad Azri, dan selepas permohonan sambungan itu gagal, pihak polis tidak melepaskan En Muamhamad Azri malah beliau mungkin akan dibawa ke semua balai yang menerima laporan polis terhadap beliau.

Kita tak tahu siapa tangan gaib yang mengarahkan tindakan sedemikian diambil terhadap En Muhamad Azri.

Kebiasaannya, Polis memang ada kuasa untuk membawa suspect untuk “road show” tetapi ianya selalu digunakan kepada Penjenayah Dadah atau Kongsi Gelap ataupun ada laporan kejadian jenayah untuk suspect di kenal pasti.

Dalam Kes En Muhamad Azri ini, beliau adalah seorang yang dituduh kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, dan kalau pendekatan Polis mahu menyiasat perkara ini dengan kaedah membawa beliau ke setiap balai yang menerima laporan, ini adalah satu bentu “penjara baru” bagi orang Politik.

Saya percaya ini bukan kehendak pihak polis, dan sekiranya ada tangan gaib yang mahukan pemimpin Politik di tindas seperti ini, ini bermakna negara ini sudah tidak boleh bercakap secara bebas dan hak bersuara sudah dicabul!

Semasa zaman kerajaan sebelum ini, Ramai pemimpin mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan malah ada yang mahu mengulingkan Kerajaan, BN tidak menggunakan tangan gaib mereka untuk menzalimi pemimpin pembangkang ketika itu.

Sekarang ini sudah masuk zaman kuku besi dan zaman Hitler, sekira kenyataan itu dibuat oleh pembangkang, terus ditangkap dan di penjara, bukan lagi bebas seperti dulu.

Saya percaya dengan menjaga keamanan, tapi pihak polis perlu bersih dari tangan gaib untuk sama-sama menjaga keamanan, kenapa pemimpin Kerajaan tidak ditangkap dan direman sedangkan mereka bebas mengeluarkan kenyataan menghasut dan menghina!

No comments:

Post a Comment