Wednesday, 19 December 2018

DESAKAN RAKYAT - SAMAADA WAYTHA DIPECAT ATAU TUN M LETAK JAWATAN

Persoalan oleh rakyat :

“Apakah Perdana Menteri kita begitu takut kehilangan undi India sehingga sanggup memandang remeh kematian Adib?”


Berikut adalah artikel terbitan Astro Awani berserta komen-komen dari rakyat (tulisan dalam warna biru dan merah):

KUALA LUMPUR: Ketika sedang rancak desakan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy melepaskan jawatannya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun masih belum memutuskan nasib menteri kabinet tersebut.

“Orang ramai boleh melontarkan pendapat mereka tetapi itu sesuatu yang terpulang kepada saya untuk putuskan. Saya tidak putuskan apa-apa lagi,” katanya ketika ditanya media mengenai desakan tersebut ketika hadir pada Majlis Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad di ibu negara pada Rabu.

Desakan rakyat:


Kalau begitu, cepatlah putuskan.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa Waytha tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Perpaduan.


Ini berikutan sikap prejudis yang beliau pamerkan terhadap pihak polis apabila menuduh IPD Subang Jaya sengaja lambat sampai ke lokasi kuil setelah menerima panggilan kecemasan.


Apabila ditemui, beberapa anggota polis memberitahu  bahawa Waytha tidak pernah menghubungi pihak polis di IPD Subang Jaya sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tersebut.


Dan kalau semalam polis dikatakannya tidak bertanggungjawab, hari ini, lain pula ceritanya.


Menurutnya, pihak polis sedang melakukan yang terbaik dalam membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Bukan hanya beliau tidak berani lagi mengulangi kenyataan fitnahnya terhadap pihak IPD Subang Jaya, beliau tidak pernah menuntut supaya penyiasatan dijalankan terhadap IPD tersebut.

Kesemua ini jelas membuktikan bahawa Waytha menipu dengan niat memangkinkan rusuhan di tapak lokasi kuil.


Malah, beliau bertegas tidak akan meminta maaf kepada pihak polis mahupun keluarga Arwah Adib atas kelakuannya biarpun bertanggungjawab mengapi-apikan perasaan penganut agama Hindu.


Sekiranya betul Waytha mementingkan perpaduan antara kaum, sudah tentu beliau akan menegur Ganabatirau apabila ADUN DAP tersebut menuduh orang Melayu-Islam menjadi dalang kepada rusuhan tersebut.


Tetapi sebaliknya berlaku.


Bukan hanya Ganabatirau tidak diendahkannya, pihak polislah yang akhirnya menjadi mangsa.


Sudah tidak syak lagi bahawa Waythalah yang bertanggungjawab terhadap kematian Adib.


Apakah Mahathir masih teragak-agak lagi memecat beliau?


Apakah Perdana Menteri kita begitu takut kehilangan undi India sehingga sanggup memandang remeh kematian Adib?


Berapa banyak lagi nyawa yang perlu melayang sebelum Waytha dipecat?


Dr Mahathir masih lagi menganggap bahawa Waytha Moorthy layak memegang jawatan yang disandang.


Desakan rakyat:


Atas dasar apa?


Tidakkah Mahathir sedar bahawa Waytha terbukti prejudis terhadap pihak polis dan mendalangi perbalahan di antara orang-orang Melayu-Islam dan Hindu?


Tidakkah Tun tahu bahawa manusia inilah yang telah menipu kepada para wartawan luar negara bahawa orang Hindu di Malaysia dipaksa menganut agama Islam?


Inikah manusia yang dikatakan layak memegang jawatan Menteri Perpaduan?


Bila ditanya apakah prestasinya ketika ini selepas dia menerima desakan pelbagai pihak Perdana Menteri secara ringkas menjawab, “Dia okey.”


Desakan rakyat:


Kami rakyat fikir penyelesaiannya senang sahaja – samada Waytha dipecat, atau Tun sendiri bertanggungjawab terhadap kematian Adib dan letak jawatan.


Desakan perletakkan jawatan terhadap Waytha itu semakin hangat selepas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia selepas dipukul dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.


Malah, desakan itu turut disuarakan pemimpin kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri, iaitu Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.


Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment