Monday, 3 December 2018

MCA ANGKUH, SARANAN BUBAR BN TIDAK MUNASABAH.


3 NOV: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan saranan MCA untuk membubarkan Barisan Nasional (BN) di dalam mesyuarat agung tahunan mereka semalam sebagai angkuh dan tidak munasabah.
Katanya MCA bukan komponen tunggal yang ada dalam BN sebaliknya ada lima lagi komponen dan sewajarnya ia dibincang terlebih dahulu.
“MCA perlu sedar bahawa BN mempunyai komponen lain seperti MIC, MyPPP dan PBRS.
“Sebarang keputusan mengenai BN mesti mendapat keputusan sebulat suara ahli komponen BN. Maknanya bukan hak MCA untuk bubarkan BN.
“Lebih-lebih lagi MCA seperti sudah tidak relevan kepada pengundi Cina,” katanya menerusi posting terbaru di Facebooknya.
Tambah Ahli Parlimen Bera itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) MCA hanya mampu menarik 2.5% pengundi cina malah difahamkan ahli MCA pun tidak mengundi BN.
Sehubungan tidak perlulah MCA terlalu bongkak sedangkan hanya menang satu kerusi Parlimen itupun dengan sokongan pengundi Melayu.
“Jelas kehadiran MCA di dalam BN tidak dirasai dan tidak menyumbang pun kepada kekuatan BN. Jadi yg perlu dibubarkan adalah MCA itu sendiri.
“MCA perlu membuat penjenamaan semula sekiranya masih berminat untuk menarik balik pengundi Cina. MCA tidak perlu menuding jari kepada sesiapa apabila ditolak hampir secara total oleh pengundi Cina,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment