Monday 31 December 2018

BAGAIMANAKAH SEORANG YANG TELAH MELACURKAN ASET MUSLIM KE DAP BOLEH DINOBATKAN SEBAGAI MUSLIM PALING BERPENGARUH?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 kerana kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin (lihat berita asal di bawah).


Komen rakyat:


Untuk menjadikan seseorang itu lelaki Muslim yang paling berpengaruh di dunia, sudah menjadi tanggungjawab pihak penganugerah untuk membuktikan tahap pengaruh itu di arena antarabangsa, bukan hanya di Malaysia.


Sekiranya kita ingin mentafsir pengaruh seseorang hanya berdasarkan pencapaian-pencapaian tertentu seperti bilangan buku yang diterbitkan, saya fikir, terdapat ramai lagi pemimpin Islam yang telah menerbitkan jauh lebih dari 17 buah buku yang menceritakan pelbagai aspek kepimpinan mereka.


Penganugerah mungkin lupa, bahawa Mahathir merupakan antara pemimpin Islam yang paling dibenci di Malaysia dan beberapa negara di dunia sewaktu beliau masih lagi Perdana Menteri ke-4 kerana menindas kebebasan bersuara dan media serta mencantas mana-mana pemimpin Melayu-Islam yang difikirkannya boleh gangu-gugat kedudukkannya sebagai Perdana Menteri.


Beliau tidak pernah berubah.


Hari ini, beliau sedang giat memperkosa institusi-institusi berteraskan Islam seperti Tabung Haji dan Pusat-Pusat Pengajian Tahfiz dan telahpun melacurkan aset-aset milik Melayu-Islam kepada Bangsa DAP yang selama ini memijak pihak Istana dan golongan Melayu-Islam.


Malah, beliau sedang membela bangsa tersebut biarpun barisan kepimpinannya sedang giat mempengaruhi pemikiran golongan Muslim di tempat-tempat yang terpencil dengan fahaman Kristian.


Kalau inilah yang dikatakan lelaki Muslim yang paling berpengaruh di dunia, saya fikir, pengaruh itu lebih menjurus ke arah kemusnahan nilai peradaban Islam dan aqidah di kalangan ummah.


Ini sekaligus menerangkan mengapa Mahathir masih membela Waytha Moorthy biarpun Menteri Perpaduan tersebut telah mengina orang-orang Muslim baik di Malaysia mahupun di luar negara.


Kesimpulannya di sini bahawa Profesor S Abdallah Schleifer bukan rakyat Malaysia,  maka hakikatnya beliau tidak tahu apa yang telah berlaku di Malaysia ketika Tun Dr Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun penuh dengan kezaliman,penyelewengan dan salah guna kuasa. Beliau hanya tahu yang indah-indah tentang pentadbiran Tun Mahathir bukan disebaliknya kerana media arus perdana ketika itu dikawal ketat oleh beliau dan kuncu-kuncunya.


Mungkin anugerah ini mempunyai agenda yang tersembunyi oleh sipenganugerah yang dijanjikan oleh Tun dan Kerajaan Malaysia sebagai timbal balas atas segala puji-pujian yang telah diberi itu.

Berita asal :

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 kerana kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir disifatkan sebagai pemimpin tertua di dunia yang memiliki perjalanan kerjaya politik luar biasa.

Felo Institut Kajian Polisi Luar Negara di Institut Pengajian Islam Aal al-Bayt, Jordan, Profesor S Abdallah Schleifer, berkata selain berpengalaman selama 70 tahun dalam tadbir urus kerajaan, Dr Mahathir turut menerbitkan 17 buku yang menceritakan latar belakang serta kemelut ekonomi negara, malah menyenaraikan rancangannya untuk mengatasi masalah dihadapi.

Katanya, ketokohan beliau dalam menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun disifatkan sebagai tempoh terpanjang, mengatasi mana-mana pemimpin negara dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebanyak lima kali berturut-turut berjaya membawa Malaysia ke arah pemodenan serta pertumbuhan ekonomi yang pesat.

“Gelaran ‘Harimau Asia’ yang diberi kepada Malaysia ketika era pemerintahannya daripada 1981 hingga 2003 menyaksikan negara mengalami ledakan ekonomi sehingga digeruni negara jiran.

“Asas pertumbuhan ekonomi negara diperkukuhkan beliau pada 1969 ketika rusuhan berlaku disebabkan perselisihan antara orang Melayu dan masyarakat Cina yang dilihat lebih mendominasi sektor perniagaan ketika itu.

“Masyarakat Cina membentuk kira-kira sepertiga daripada jumlah penduduk, tetapi pada tahun 1960-an mereka mendominasi sebahagian besar sektor komersil, manakala kira-kira 56 peratus orang Melayu kebanyakannya adalah petani dan hanya menunjukkan sedikit minat terhadap bidang perniagaan.

“Pada akhir tahun 1960-an, beberapa ratus saja perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang dijalankan dimiliki oleh orang Melayu dan daripada jumlah profesional berdaftar pada 1970, hanya 4.9 peratus terdiri daripada orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Dr Mahathir memainkan peranan utama dalam memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk merapatkan jurang dan menyamaratakan perkembangan ekonomi antara kaum.

Katanya, banyak sekolah menengah yang dibina di kawasan luar bandar, selain biasiswa diberikan kepada orang Melayu untuk mengikuti pengajian di sekolah di kawasan bandar dan kuota ditetapkan bagi kemasukan ke universiti untuk memastikan lebih ramai golongan Bumiputera dapat menerima pendidikan.

“Sejumlah besar kontrak dan lesen kerajaan diberikan kepada orang Melayu untuk menggalakkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang dimonopoli oleh orang Cina dan apabila dasar terbabit tamat pada Disember 1990, hasilnya amat memberangsangkan.

“Kurangnya kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan mereka melangkah ke era urbanisasi dan merentasi ekonomi arus perdana di samping menikmati kekayaan negara dalam jumlah yang lebih besar,” katanya.

Abdallah bagaimanapun berkata, ledakan ekonomi Asia berlaku apabila tekanan daripada pedagang mata wang menyebabkan kerajaan Thailand terpaksa menukar mata wang Baht kepada dolar Amerika Syarikat.

Katanya, langkah itu mengakibatkan nilai mata wang Baht jatuh pada 2 Julai dan Dr Mahathir menyifatkan ‘teologi perdagangan mata wang’ yang berlaku mampu melemahkan ekonomi negara jiran.

“Pakar ekonomi dan peniaga mata wang global menegaskan, nilai mata wang Baht yang menurun akan menjadikan Thailand lebih berdaya saing dan akan menghakis perdagangan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, remaja Palestin, Ahed Tamimi, 17, pula diumumkan sebagai wanita Islam paling berpengaruh menerusi gelaran ‘Muslim Woman of the Year’ kerana keberaniannya menampar tentera Israel pada Disember 2017.




No comments:

Post a Comment