Kesamarataan dan kebebasan adalah besar dan meluas. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar tentangnya. Mereka fikir yang yang mereka boleh memetik apa yang sesuai dan membuang apa yang tidak sesuai. Ini tidak akan berlaku. Seperti yang diketahui oleh Amerika, hak untuk memiliki senjata adalah dijamin oleh perlembagaan tetapi akibatnya boleh menjadi sangat merosakkan.
Sudah tentu, kita juga mendengar cerita lain dari puak Muslim liberal seperti anak-anak dan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebagainya. Apabila anda mendengar dari Melayu yang mempunyai wang yang sampai 10 keturunan pun tidak habis, mereka akan “sing a different song”. Tetapi majoriti Melayu di Malaysia ini hanya mahu mereka tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka tanpa diberitahu atau ditunjuk oleh mereka yang bukan beragama Islam bagaimana Islam itu harus diamalkan atau dipanggil “racists” dan “extremist” hanya kerana mereka percaya pada Al-Quran.
Bagaimanapun, jika Cina dan India betul-betul merasakan mereka ini ditindas, mungkin mereka patut melihat laporan melalui video berikut mengenai bagaimana Negara China melayan umat Islam di negara tersebut. Sudah pasti kaum minoriti di Malaysia ini tidak mengalami nasib yang sama seperti mereka. Jadi, mereka sepatut berhenti menggembar-gemburkan dengan memberitahu media antarabangsa tentang penderitaan mereka di Malaysia.
No comments:
Post a Comment