Tuesday 11 December 2018

PAS INGATKAN PENDEDAHAN ISU TABUNG HAJI TIDAK MENJADI SATU HASUTAN HALUS UNTUK TUMBANGKAN INSTITUSI UTAMA UMAT ISLAM.


11 DIS: Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan supaya pendedahan mengenai kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) semalam tidak menjadi hasutan halus untuk menumbangkan institusi utama umat Islam.

Katanya, Tabung Haji adalah aset besar bagi umat Islam dan jangan  dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan PH membayar dividen sepertimana sebelum ini kepada pendepositnya.
“Jangan juga ia menjadi satu hasutan halus agar umat Islam mengeluarkan deposit mereka sehingga akhirnya menumbangkan satu gergasi besar aset umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof mengumumkan Tabung Haji mengalami defesit RM4.1 bilion apabila jumlah liabilitinya berjumlah RM74.4 bilion berbanding aset keseluruhan RM70.3 bilion.
Beliau juga berkata Tabung Haji melanggar syarat pembayaran dividen apabila membuat pembayaran itu di saat liabiliti melebihi aset sejak 2014.
Mujahid mendakwa bayaran itu dibuat menggunakan wang pendeposit TH.
Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menggesa kerajaan melantik juruaudit luar untuk mengaudit akaun Tabung Haji.
Beliau berkata ini kerana penilaian aset Tabung Haji terdedah kepada “permainan angka mengelirukan” seperti sebelum ini.
Dalam pada itu, Khairuddin juga menyatakan kerisauannya terhadap rancangan kerajaan untuk mewujudkan sebuah syarikat tujuan khas bagi mengambil alih aset Tabung Haji.
“Cadangan itu kononnya untuk menyelesaikan masalah kewangan Tabung Haji bakal mendedahkan aset institusi itu, yang merupakan aset umat Islam, kepada pemilikan pihak luar.
“Ia perlu ditangguhkan sehingga audit luar mengesahkan dakwaan menteri,” katanya.


No comments:

Post a Comment