21 DIS: Himpunan Justice4Adib anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, bahawa memorandum itu bertujuan untuk menunjukkan isyarat jelas rakyat pelbagai bangsa yang berkumpul untuk menyatakan kekesalan atas insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, Subang Jaya pada 28 November lalu.
Insiden itu didakwa kerana kegagalan Menteri Perpaduan di JPM, P. Waytha Moorthy untuk menanganinya yang akhirnya mengundang kematian angota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2 Disember lalu.
Ini merupakan satu sejarah yang mana suara rakyat yang berjaya mengumpulkan 300,000 petisyen tandatangan sebagai isyarat kepada kerajaan yang memerintah bahawa mereka komited dengan keadilan rule of law seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan.
Maka mereka juga berharap agar kerajaan juga komited dengan apa yang mereka perjuangkan agar tidak ada campur tangan politik dalam kes (kematian Adib) yang mereka anggap begitu tragis dan serius yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang tidak membawa senjata.
“Arwah hanya datang untuk menyelamat tetapi akhirnya menemui ajal, disebabkan tangan-tangan hitam tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan dipukul sehingga membawa kematian,” kata mereka kepada pemberita.
Terdahulu lebih 300 orang diketuai Aminuddin serta 300 wakil NGO telah berkumpul di hadapan Masjid Putra Putrajaya selepas solat Jumaat sekitar 2 petang tadi. Kemudian ia meningkat ke 1,000 orang hingga ke akhir perhimpunan.
Mereka melaungkan ‘Hidup, Hidup, Hidup Islam, Undur, Undur, Undur Waytha Moorthy dan Undur., Undur, Undur Ganabatirau’ sambil membawa sepanduk terteranya perkataan “ #JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah Menuntut Menteri Perpaduan Letak Jawatan” bersama imej warna hitam putih gambar arwah Muhammad Adib.
Mereka kemudian bergerak menuju ke Jabatan Perdana Menteri sekitar 2.15 petang dan tiba di hadapan bilik pengawal keselamatan pintu masuk pukul 2.35 petang.
Aminuddin serta tiga lagi wakil himpunan itu telah dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahaya.
Semasa penyerahan memorandum mereka telah menjelaskan kepada Abu Bakar mengenai kandungan memorandum itu dan antaranya, mereka mahu Perdana Menteri memecat segera menteri terlibat dan jangan membiarkan Waytha melibatkan diri dengan Peguam Negara untuk mencampuri keputusan mahkamah, sebaliknya melaksanakan ‘rule of law’ yang dipegang oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Setiausaha Politik PM bersetuju, dengan menyatakan komitmennya dan akan memanjangkan memorandum itu kepada Perdana Menteri nanti.
Seterusnya mereka telah mendesak sekiranya tidak ada tindakan drastik daripada pihak kerajaan maka mereka akan mengadakan himpunan yang lebih besar selepas ini.
Mereka menegaskan bahawa mereka tidak akan memberikan sebarang tempoh masa untuk PM bertindak, cuma mereka mengharapkan agar tindakan dilaksanakan seberapa segera yang mungkin, sebelum mereka semua bersurai beramai ramai sekitar jam 3.30 petang.
Terdahulu Aminuddin dalam ucapan di hadapan Masjid menjelaskan, bahawa Waytha bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya menjaga perpaduan malah terus angkuh menyalahkan polis kononnya lambat bertindak pada hari rusuhan.
Mereka juga turut mahu pengerusi kuil berkenaan juga diambil tindakan kerana mengeluarkan pembohongan besar kononnya Muhammad Adib dilanggar kenderaan, yang dianggap sebagai satu kenyataan yang jijik dan tidak bermoral.
Kerajaan dan PM melaungkan Rule of Law tetapi menteri dia sendiri melanggarnya, ini menteri ‘kampung’ (diiringi sorakan undur Waytha).
Menurut mereka, PM tidak boleh mengambil enteng suara rakyat termasuk petisyen 300,000 orang dan pihaknya akan terus komited berjuang sehingga penjenayah bertanggungjawab ditangkap dan diheret ke muka pengadilan.
Menurut saksi yang hadir, hampir 1,000 orang telah hadir hingga ke akhir Himpunan #JUSTICE4ADIB hari ini, walaupun dalam keadaan panas terik.
No comments:
Post a Comment