Sunday 23 December 2018

PENURUNAN HARGA MINYAK RON 95 DUNIA: GUAN ENG ‘SENYAP-SENYAP TIPU’ (SST) RAKYAT.

23 DIS: Sekarang rakyat pula beri subsidi kepada kerajaan. Harga sebenar RON95 = RM1.90 sekarang.
Belanjawan 2019 yang diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga AS$72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.
Kelmarin, harga Brent telah turun sekitar AS$52 satu tong.
Sebagai perbandingan, harga Brent semasa BN hilang kuasa ialah AS$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter.
Ini bermakna, sejak awal bulan lepas(November), kerajaan PH telah mengenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95.
Harga sebenar petrol RON95 sepatutnya antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan dahulu berbanding harga RM2.20 yang dikenakan sekarang.
Kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta dari penjualan RON95 setiap minggu sejak sebulan dahulu dari rakyat.
Semasa berkempen, PH telah membuat pelbagai janji di dalam ceramah mereka bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.50 hingga RM1.80 setiap satu liter.
Oleh itu, rakyat ada hak untuk menuntut kerajaan PH untuk berhenti dari mengenakan cukai ke atas RON95 dan membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak dunia sekarang.
Bulan lepas, kerajaan PH telah umumkan mereka akan apung semula harga petrol pada bulan April 2019.
Mengapa harganya tidak apungkan sekarang juga untuk membenarkan rakyat  menikmati harga petrol yang lebih rendah sekarang memandangkan tempoh sekarang ialah tempoh penuh dengan hari perayaan?
Subsidi untuk rakyat tidak diberi malah dengan harga RON95 yang turun sekarang rakyat telah memberi subsidi kepada kerajaan , bantuan untuk rakyat dipotong atau dimansuhkan, tetapi kerajaan PH dengan senyap mengutip cukai ke atas RON95 dan diesel pula?
Memang kerajaan PH di bawah Menteri Kewangan Lim Guan Eng (LGE) Senyap-Senyap Tipu (SST) rakyat.
Secara jelas, kerajaan BN dahulu  tidak pernah mengenakan satu sen cukai ke atas petrol RON95 di bawah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (DSN).
Pada masa harga minyak dunia tinggi sehingga US$120 satu tong, kerajaan BN memberi subsidi yang amat tinggi setiap minggu.
Selepas harga petrol RON95 diapungkan pada November 2014, kerajaan BN membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah pada masa itu apabila harga minyak dunia turun.
Ramai yang mungkin lupa bahawa RON95 pernah dijual pada harga RM1.60 atau RM1.70 satu liter untuk tempoh yang agak lama iaitu pada 2015 dan 2016.

Rujuksini:
http://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march
Dahulu kerajaan BN tidak kenakan cukai pada masa harga minyak dunia rendah.
Tidak sama dengan kerajaan PH sekarang yang melakukannya tanpa disedari rakyat.
Apabila DSN dilantik sebagai PM pada April 2009, antara langkah pertama beliau ialah menggantikan minyak RON92 dengan petrol lebih berkualiti iaitu RON95.
Fakta menunjukkan bahawa ketika beliau hilang kuasa, harga RON95 adalah RM2.20 – iaitu lebih rendah berbanding RON92 yang dijual pada RM2.40 ketika beliau mula menjadi Menteri Kewangan pada 2008 .
Ini bertentangan dengan andaian orang ramai bahawa DSN menzalimi rakyat dalam isu harga petrol.
Sekarang siapa yang sebenarnya yang menzalimi rakyat ? LGE atau DSN?


No comments:

Post a Comment