Saturday, 20 October 2018

AKHIRNYA KERAJAAN PH AKUI HUTANG NEGARA BUKAN RM1 TRILION


20 OKT: Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020 yang dibentang oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahahtir Mohamad di Parlimen khamis lalu membuktikan bahawa hutang negara sebenarnya hanyalah RM686.8 bilion.
Ia sekaligus ujar Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selama ini kononnya Barisan Nasional (BN) mewariskan hutang negara sebanyak RM1 trillion.
Justeru itu, Annuar menerusi hantaran di Twitternya secara sinis mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengakui perkara tersebut.
“Terima kasih akhirnya kerajaan berkata benar dan mengakui jumlah hutang negara sebenarnya bukan RM1 trilion.
“Dokumen rasmi kerajaan PH dalam muka surat 60 mengesahkan hutang negara sebenarnya bukan RM1 trilion tapi hanya RM686.8 bilion atau 50.8 peratus berbanding KDNK,” kata ahli Parlimen Ketereh itu.
Pemimpin PH sebelum ini sering menwar-warkan kononnya hutang negara berjumlah RM1 trilion.
Walaupun perkara ini dinafikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak namun pemimpin PH tetap meracuni fikiran rakyat dengan info yang tidak benar.

No comments:

Post a Comment