Friday 5 October 2018

BERHUTANG DEMI PROJEK KERETA NASIONAL KETIGA?


5 OKT: Pergerakan Pemuda UMNO mahu penjelasan daripada kerajaan adakah syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan membuat hutang baharu dengan jaminan kerajaan bagi membiayai Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), yang dianggap sebagai projek kereta nasional ketiga.
Ketuanya, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, ini memandangkan syarikat milik Khazanah, SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. (SilTerra) yang dinamakan untuk menjadi rakan kongsi bagi projek berkenaan dikatakan mempunyai rekod pencapaian yang kurang memberansangkan dengan jumlah kerugian terkumpul mencecah RM 7.3 bilion.
“Pemuda UMNO ingin bertanya bagaimanakah NNCP memperoleh pembiayaan bagi memulakan operasi sekaligus mampu untuk mengeluarkan kereta bagi tujuan komersil. Adakah SilTerra mempunyai dana yang mencukupi bagi memulakannya?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Pemuda UMNO tidak mahu melihat akhirnya kerajaan terpaksa menggunakan dana rakyat bagi menjamin segala hutang baharu yang diwujudkan.

No comments:

Post a Comment