Sunday, 21 October 2018

TEMBERANG DAN HELAH EKONOMI: GUAN ENG KANTOI LAGI !!!!!

Saya sempat baca dakwaan Lim Guan Eng dalam satu laman berita. Nampaknya beliau kelihatan begitu hebat tapi hakikatnya ia merupakan satu helah beliau untuk menipu dan mengelirukan rakyat. Kenapa? Berikuta adalah faktanya:
1.Hakikatnya Akaun Hasil Disatukan diaudit secara tahunan bukan bulanan. Ni dalam dakwaannya dia tak sebut.
2. Baki Akaun Hasil Disatukan dikira pada tahun kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun, bukannya setiap hujung bulan. Ni juga dia tak sebut..
3. Baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan kekal sebanyak RM11.86 billion setiap tahun kewangan berakhir (31 Disember) sejak tahun 1996 dan tak pernah berubah (penting: ada dalam penyata kewangan tahunan kerajaan persekutuan yang sepatutnya dilampirkan). Ini juga dia tak sebut.
4. Tarikh akhir bagi individu menghantar borang taksiran cukai adalah pada 30 April dan 30 Jun setiap tahun. Ini bermakna hasil kerajaan bagi tempoh antara April sehingga Julai akan meningkat berkali ganda berbanding bulan-bulan lain memandangkan ini juga tempoh yang sama untuk menjelaskan cukai pendapatan. Ini dia tak sebut dan beliau buat buat lupa.
5. Kutipan dari 31 Mei 2018 sehingga 31 Ogos 2018 berjumlah RM73.58 billion menunjukkan bahawa Kerajaan sememangnya mampu mengutip hasil setiap bulan untuk menampung perbelanjaan mengurus selepas 9 Mei 2018, isu baki Akaun Hasil Disatukan tidak timbul kerana kemampuan kerajaan mengutip hasil.
6. Tahun pilihanraya 2004, 2008, 2013 baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan kekal sama pada hujung tahun bukti tidak ada perbelanjaan berlebihan pada tahun pilihanraya. Ini dia tak sebut.
7. Perbelanjaan mengurus adalah perbelanjaan tetap seperti emolumen (gaji dan pencen kakitangan awam), perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap. Tidak ada pembaziran yang boleh berlaku secara berlebihan seperti yang didakwa.
8. Kalau rasa fakta ini tak betul, diharap Menteri Kewangan boleh tunjukkan item perbelanjaan mengurus Januari – Mei 2018 dibandingkan dengan Januari – Mei 2017 untuk buktikan perbelanjaan berlebihan yang dikatakan itu.
Kesimpulannya dari apa yang telah beliau dakwa jelas menunjukkan bahawa beliau tidak layak menjadi Menteri Kewangan kerana tidak telus dan mengelirukan rakyat demi kepentingan politik beliau.



No comments:

Post a Comment