5 OKT: Sumber kewangan sangat penting bagi sebuah badan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.
Atas dasar itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan adalah penting untuk kerajaan PH meneliti perkara ini sebaik mungkin sebelum membuat apa jua keputusan.
“Saya tidak dapat memberikan sebarang komen lebih mendalam mengenai cadangan Perdana Menteri berhubung pembiayaan parti-parti politik dalam negara ini kerana ketika ini kerajaan masih lagi mengkaji mekanisme terbaik dalam perkara ini.
“Namun oleh kerana semua perkara ini akan memberikan kesan kepada semua parti politik dalam negara ini. Saya fikir kerajaan mesti mendapat pandangan dan persetujuan daripada semua parti politik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengulas mengenai cadangan berhubungan pembiayaan politik oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tambah Shamsul, kewangan bukan sahaja perlu sewaktu pilihan raya malah keperluannya sepanjang masa yang tidak terhad dalam soal pentadbiran, tetapi meliputi kerja-kerja kebajikan yakni membantu rakyat dan sebagainya.
“Dalam waktu yang sama, UMNO ingin tegaskan bahawa UMNO menolak amalan rasuah dalam politik dan ia menjadi prinsip yang dipegang UMNO sejak sekian lama.
“Sebelum ini Kerajaan BN juga pernah mencadangkan RUU mengenai pembiayaan politik namun ianya tidak berjaya dilakukan kerana tidak diterima pembangkang ketika itu.
“Cadangan RUU itu bagi membolehkan kita membuat sebarang rujukan mengenai seliaan dana politik,” katanya lagi.
Shamsul juga mahu kerajaan PH mengkaji semula beberapa peraturan pilihan raya jumlah yang sewajarnya digunakan oleh setiap calon.
“Saya juga harap pihak kerajaan mengkaji semula beberapa beberapa peraturan pilihan raya umpamanya jumlah kewangan yang boleh digunakan oleh calon peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kerana dalam keadaan sekarang ianya sudah tidak sesuai lagi,” ujarnya
No comments:
Post a Comment