Friday, 12 October 2018

NAJIB ARAH PEMBANTU PERIBADI BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DIRINYA


12 OKT: Seorang pembantu peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri itu.

Laporan polis itu dibuat balai polis Hartamas di Kuala Lumpur, lebih kurang jam 8.15 malam ini.
Dalam laporan tersebut yang mula tular, pengadu meminta polis memanggil Lim Kit Siang memberi maklumat dan keterangan tambahan ke atas kes yang diminta pemimpin veteran DAP itu supaya polis melakukan siasatan semula.
Ia merujuk kepada artikel Lim Kit Siang di Malaysiakini yang mahu siasatan semula dijalankan untuk kes-kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed yang pernah dikaitkan Pakatan Harapan dengan Najib.
Ia merujuk kepada artikel Lim Kit Siang di Malaysiakini yang mahu siasatan semula dijalankan untuk kes-kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed yang pernah dikaitkan Pakatan Harapan dengan Najib.
Pembantu peribadi Najib itu juga mahu jika hasil siasatan ini menunjukkan majikannya tidak terlibat maka beliau pohon polis untuk membersihkan nama bekas perdana menteri itu.
“Tetapi jika dakwaan Lim Kit Siang tidak berasas dan merupakan satu pembohongan politik, saya juga menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,” kata pembantu peribadi Najib Razak dalam laporan polis itu.
Semalam Najib mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya pihak berkuasa itu membuka semuka kes pembunuhan yang dikaitkan dengan beliau.
Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

No comments:

Post a Comment