Saturday 20 October 2018

MALAYSIA DI BAWAH PH TAKKAN MAMPU MENCAPAI WAWASAN 2020 DAN JADI HARIMAU ASIA


Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) terpaksa menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2018 kepada 4.7 peratus berbanding 5.5 peratus sebelum ini kerana pergerakan ekonomi yang dilihat perlahan di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.

Pengarah MIER, Profesor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, sasaran lebih rendah itu disebabkan permintaan global yang sederhana dan terlalu bergantung kepada penggunaan swasta. Aktiviti pelaburan yang lemah juga dilihat sebagai halangan untuk memacu pertumbuhan negara.

Permintaan domestik yang diunjurkan kepada 5.5 peratus (tahun ini), lebih sikit daripada 6.5 peratus pada tahun lepas.

Pertumbuhan sederhana dalam penggunaan awam sebahagiannya adalah disebabkan dasar kerajaan yang dilihat berhati-hati dalam berbelanja kerana alasan untuk menangani isu hutang awam yang tinggi.

Perolehan negara yang semakin berkurangan juga disebabkan oleh pemansuhan cukai cukai GST.
Oleh itu Kerajaan PH terpaksa memperkenalkan regim cukai baru dan kerajaan juga perlu pastikan cukai tersebut tidak menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Semasa program bual bicara di Bernama News Channel, beliau juga berkata kita perlu menerima hakikat yang keadaan ekonomi di bawah Pakatan Harapan sememangnya lembab.

“Oleh itu saya kira impian untuk mencapai wawasan 2020 dan menjadi Harimau Asia tidak akan tercapai.”katanya lagi.

No comments:

Post a Comment