Sunday, 14 October 2018

APA LAGI PENIPUAN YANG PH MAHU TEGAKKAN?

14 OKT: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan sinis menimbulkan persoalan kepada Pakatan Harapan (PH) apakah lagi penipuan-penipuan yang hendak mereka terus tegakkan sekarang ini.
Adalah sesuatu yang melucukan ujar Najib, merekalah yang dahulunya menjelajah seluruh negara dengan dendangan Malaysia di ambang bankrap, tetapi dalam masa yang sama mereka juga yang berjanji dengan pelbagai janji manis antaranya seperti menghapuskan tol dan hutang peneroka serta pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka. Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.
“Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.
“Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen. Ataupun boleh buka ‘browser’ dan ‘Google’ cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan,” ujar Najib yang kini semakin aktif di media sosial dengan melontarkan pandangan dan hujahnya menerusi penulisan di facebooknya.
Tambah Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hakikatnya mereka mengetahui akan perkara tersebut kerana di kalangan pemimpin PH juga terdapat bekas pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN).
Najib turut melahirkan perasaan kecewa dengan tindakan kerajaan PH yang mahu rakyat berkorban dan tidak lagi menuntut manifesto mereka.
“Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka. Demi siapa?
“Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa. Apakah kita terima begitu sahaja?,” soal Najib.

No comments:

Post a Comment