Pelbagai ceritera dan tindakan yang tak pernah kita dengar pun selama ini tetapi hari ini perkara aneh itu menjadi kebiasaan.
Sebelum ini Najib dan BN digelarkan kerajaan perompak dan pelbagai bahasa yang amat kasar. Setiap sen duit kerajaan bisa dihitung oleh pak mat di kampung dan mak minah di ulu pendalaman. Itu semua duit rakyat katanya. Harga minyak dikira naik turunnya. GST diteliti dari setiap bil.
Hidup pula dikatakan susah dan rakyat makin miskin. Peneroka masih mengeluh harga sawit yang ketika itu RM600 satu tan dan katanya bila la buah nak mahal ni. Felda dituduh katanya menjerut peneroka tapi sekarang harga buah tinggal RM280 saja.
Anak muda bangga berarak mahukan PTPTN mereka dihapuskan kerana banyak negara pendidikan percuma kata mereka. Lepas belajar terus kawin dan beli kereta tinggal menyewa bukan rumah flat tapi teres yang sewaan RM1,000 ke atas. Dapat anak merungut katanya susu mahal dan lampin semua mahal.
Penjawat awam makin berani. Katanya kerja dalam tekanan kerana tugasan dan bermacam arahan dari kerajaan kerana polisi. Cikgu lantang di kantin mengutuk kerajaan ketika itu dengan isu yang mereka sendiri tidak tahu pangkal hujungnya.
Tapi itu semua dulu…
Hari ini AMBO tidak lihat netizen yang menyalak pasal minyak walhal minyak masih mahal. AMBO tidak lagi nampak Guru yang berani berpolitik di sekolah walhal polisinya masih sama malah makin teruk dengan idea bodoh Menteri dan Timbalan Menteri yang mahukan cuti pun berperingkat mengikut negeri.
Tiada lagi manusia yang prihatin meneliti bil belian mereka walhal SST 16% berbanding GST 6% dan bukan pada barangan keperluan asas.
Tiada lagi posting maki hamun dan cercaan dari golongan muda tetapi PTPTN mereka masih perlu dibayar sehingga kini,hahaha…
Pak Mat, Hj Rauf dan Mak Minah tidak lagi berminat nak bercakap politik setiap kali ke pasar dan kedai kopi. Pesara seperti Hj Salleh tidak lagi memaki kerajaan walhal pencen yang mereka nikmati bakal ditarik.
Tup-tup Kerajaan Baru istiharkan bermacam alasan untuk tidak melangsaikan hutang janji mereka kepada rakyat tetapi tiada rakyat yang marah malah bangkit pertahankan walau barangan mahal.. walau minyak tidak turun.. walhal PTPTN tetap kena bayar.. walhal cukai sekarang takde dalam bil tapi dah dimasukkan awal-awal tanpa mereka tahu pun berapa dan banyak mana. Yang pasti barangan sesen tak turun malah lebih mahal.
Penjawat awam takde sorang yang marah walhal kenaikan gaji mereka pun nak dikaji semula. Tiada bonus tiada kenaikan tangga gaji.
Tup-tup Anak Pak Miuun ‘call’ bagi tau nak balik kampung sebab kontrak kerja tak disambung dekat-dekat raya hari tu.
Tup-tup anak Mak Limah bagi tahu nak pinjam duit untuk bayar sewa rumah sebab syarikat dah diberhentikan dari projek besar dan dia pun takde kerja. Hanya bini yang misi tu jer lah talian hayat yang ada.
Tup-tup dengar kabar kerajaan nak jual aset dan harta negara sebab kononnya takde duit nak urus negara.
Yang menghairankan ialah dulu kerajaan ‘perompak’ merompak duit rakyat tapi boleh bagi bonus dan kenaikan gaji. Boleh bagi BR1M. Banyak projek besar dilaksanakan dan anak-anak muda senang dapat kerja dan sara ibubapa. Banyak projek kecil di luar bandar dan pembangunan sampai depan tangga walau dalam tanah rancangan dan ulu pendalaman.
Kerajaan perompak tapi penjawat awam senyum lagi sebab boleh bawak balik duit bonus raya.Akhir tahun tak sakit kepala sebab ada bonus hujung tahun yang boleh selesaikan baju seluar anak sekolah.
Yang hairannya dulu kerajaan ‘perompak’ tapi takde plak dengar kerajaan jual aset penting negara malah PNB dari RM12 billion aset meningkat kepada RM 43.9 pada akhir 2017. Aset Khazanah dari RM33.7 billion menjadi RM115.7 billion.
Kebenarannya diakui Daim yang merupakan perancang utama ekonomi negara mengakui sukar menguruskan ekonomi negara hari ini. Kerana apa? Kerana pelabur tidak yakin dengan kerajaan hari ini.
Dalilnya apa? Dalilnya ialah lawatan PM di beberapa negara termasuk jiran Brunei menemui jalan buntu untuk meminjam wang dari Japan, China , Amerika dan London.
Kerana apa pelabur tak yakin? Sebab semua pemimpin bercakap soal hutang negara. Pergi luar negara cakap negara berhutang sampai trilion.
Walhal soal hutang itu untuk mendapat simpati rakyat dan memberikan alasan supaya rakyat tidak marahkan kerajaan kerana tak tunai pelbagai janji. Mana ada pelabur atau negara yang bodoh mahu melabur atau bagi pinjam kepada negara yang hutangnya banyak dan bakal bankrap.
Rupanya dari dulu pembangkang ketika itu menyatakan negara akan bankrap dan bankrap itu betul tapi bukan di tangan BN tapi mereka yang akan bankrapkan negara dengan menjual aset negara, bagi peluang anak-anak dan kroni rompak kontrak besar dan kebodohan mengurus negara.
Kepada rakyat yer.. kami tahu sangat yang anda semua tengah meratapi kesilapan anda semua.Tu sebab takde caci maki di sosial media. Bukan tak nak maki tapi anda semua sedang malu dengan diri anda sendiri.
Anda sedang berkecamuk mengira baki wang dalam akaun anda yang tak sebanyak mana tu. Anda sedang berkira sebelum ke kedai atau shoping komplek dan tidak seperti dulu.
Anda juga masih tidak menonton TV3 seperti dahulu kerana anda dah muak dan mula marah dengan wajah atau watak yang keluar berita setiap hari pasal hutang..hutang..dan hutang..termasuklah anda yang hutangnya makin bertambah..hikhikhik..
Apa pun persoalan dengan tajuk di atas kami nak tinggalkan kepada pembaca untuk menjawabnya.
No comments:
Post a Comment