Sunday 21 October 2018

JANJI PALSU PH DIPERCAYAI PUNCA PEMANDU TEKSI BIADAB


21 OKT: Datuk Seri Najib Tun Razak percaya janji palsu PH sebelum PRU14 menjadi punca tindakan biadab segelintir pemandu teksi di Langkawi terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu, seperti yang beliau  nyatakan minggu lalu, janji palsu tersebar di kalangan pemandu-pemandu teksi sebelum PRU14 bahawa PH akan haramkan Uber dan Grab apabila mereka berkuasa.
Ia adalah antara punca utama pemandu-pemandu teksi menolak dan memburukkan kerajaan BN yang pernah banyak menolong mereka.
“Selain janji palsu, turut tersebar kononnya isteri saya adalah pemilik Grab menambah kebencian mereka.
“Kebenaran akhirnya muncul pagi ini,” kata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan di Facebooknya, hari ini.
Beliau mengulas berhubung perjumpaan  Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi yang bertukar kecoh apabila ada antara mereka bertindak biadab keluar majlis kerana tidak setuju dengan pandangan perdana menteri berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Mereka berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Bagaimanapun menurut Dr Mahatir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, beliau bersedia melepaskan jawatan perdana menteri sekiranya tidak diperlukan lagi.

No comments:

Post a Comment