Monday 8 October 2018

NEGARA HILANG BERPULUH BILION KERANA GUAN ENG


8 OKT: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan kehilangan berpuluh-puluh bilion hasil kutipan akibat Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya, kedudukan kewangan negara hari ini mengalami isu “kemampuan” kerana seorang sahaja – Lim Guan Eng.
“Guan Eng mengambil langkah memansuhkan GST dan menggantikannya dengan SST yang sehingga kini tidak ada manfaat langsung kepada kerajaan atau pembeli.
“Kerajaan dapat apa? Rakyat dapat apa? Harga barang kian meningkat,” tulis bekas perdana menteri itu di Facebook Najib Razak.
Tambahnya, hasil kutipan ini boleh diberikan kepada B40, diberikan kepada penjawat awam walau RM80 sahaja.
Justeru Najib mengingatkan PH tidak perlu meneruskan dengan sandiwara Bajet 2019 belanjawan yang sukar dan ia sebuah Bajet Korban.
“Kita berdepan dengan masalah ini kerana Lim Guan Eng dan kerajaan hari ini lebih berminat dan memberi keutamaan kepada mempolitikkan pengurusan ekonomi negara,” tegasnya.
Tambah Najib, kerajaan hari ini tidak peka dan simpati terhadap rakyat yang memerlukan pembelaan termasuk keperluan penjawat awam.
Beliau turut bersimpati dengan nasib penjawat awam hari ini  malah diserang bertubi-tubi kerana tidak memenuhi kehendak dan hanya kerana mereka menjalankan tugas mengikut prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
Najib turut menyentuh elemen flip-flop menjadi satu kebiasaan bagi kerajaan hari ini berhubung kenaikan satu gaji tahuan yang diumum kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
“Saya dan Kementerian Kewangan berpendapat bahawa kerajaan berkemampuan untuk memberi kenaikan gaji ini.
“Kenaikan gaji tahunan ini bermakna akan ada yang terima tambahan sekurang-kurangnya RM80 sebulan.
“Kini Kerajaan PH tidak bersependapat. Kajian perlu dibuat terhadap keputusan dan kajian dahulu. Kajian atas kajian.
“Naratif mereka ialah semua orang perlu berkorban dan mengambil kira kedudukan kewangan negara hari ini sedangkan selama ini, kedudukan kewangan negara kukuh dan diiktiraf agensi antarabangsa,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment