Friday, 5 October 2018

KHAZANAH: KA SIONG PERSOAL KENYATAAN MAHATHIR


5 OKT: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoal kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Khazanah Nasional Berkad (Khazanah) bukan milik kerajaan serta bebas sertai projek kereta nasional ke -3.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitan selain terkilan dengan jawapan tersebut juga bertanya adakah itu pendirian bersama PKR, DAP,PAN dan BERSATU atau pendapat peribadi Dr Mahathir.
Berikut kenyataan beliau menerusi Facebooknya.
YB Lim Guan Eng pernah memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ke-3 tidak akan melibatkan sebarang dana awam tetapi ianya merupakan projek pihak swasta.
Setahu saya, sepanjang pemerintahan, BN tidak pernah menjual Khazanah Nasional kepada pihak swasta. Sejak bila khazanah itu menjadi milik swasta di bawah kerajaan PH?
Tun Mahathir hari ini pula berkata “khazanah bukan kerajaan”,  saya terkilan  dengan jawapan Tun. Apakah ini pendirian bersama PKR, DAP,PAN & PPBM atau pendapat peribadi Tun? Silterra Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat milik Khazanah Nasional, dari mana datangnya dana pelaburan Silterra? YB Lim Guan Eng, apakah pelaburan Silterra dalam projek kereta nasional ke-3 langsung tidak melibatkan dana awam? Kalau begitu, Dana siapa pula?
Agaknya siapa yang melantik dirinya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional baru-baru ini? Mana mungkin Khazanah Nasional tiada kaitan dengan kerajaan?
Kalau Khazanah bukan kerajaan, kenapa YB Dato’ Seri Azmin Ali minat sangat dengan pelaburan dalam bisnes coli Khazanah semasa menggulung perbahasan di Dewan Rakyat bebarapa bulan dahulu? Kata Azmin, pasal wang rakyat….sekarang “khazanah bukan kerajaan” pula ?


No comments:

Post a Comment