Monday 22 October 2018

SPRM SAHKAN ZAHID DITUDUH DAHULU SEBELUM DISIASAT

KUALA LUMPUR 22 Okt : Selepas dikecam netizen bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat mana-mana syarikat dan individu yang mempunyai kaitan berhubung pendakwaan kes rasuah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, SRPM akhirnya U-Turn dan akan menyiasat mereka kemudiannya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan menyiasat mana-mana individu yang terbabit dalam ke rasuah katanya pada 20 Oktober lalu.
“Kami menyiasat siapa yang terlibat dengan rasuah. Setakat ini, ada satu syarikat (Datasonic Group) mengatakan mereka tidak terlibat, terpulang kepada mereka untuk mengatakan.
“Hanya siasatan SPRM yang dapat menentukan. Jika siasatan kami menunjukkan bahawa syarikat itu tidak terlibat dalam apa-apa perkara rasuah, maka mereka tidak bersalah,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.
19 Oktober lalu Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas 45 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Pertuduhan dibuat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung pembekuan aset milik Ahmad Zahid, Azam berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian buat masa ini.
Pengesahan SPRM bahawa mereka akan menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Zahid itu menunjukkan bahawa pendakwaan telah dibuat terlebih dahulu oleh Peguam Negara sebelum siasatan dibuat terhadap beberapa syarikat seperti My EG(mengesahkan tidak disiasat), Datasonic Group, Mastoro Kenny IT Consultant & Services dan firma guaman Lewis & co.
SPRM dan Peguam negara menggunakan kaedah “dakwa dahulu siasat kemudian” bagi memalukan tertuduh supaya beliau dihukum oleh media terlebih dahulu. – malaysiachoice.wordpress.com

No comments:

Post a Comment