Wednesday 10 October 2018

MAHATHIR MERASUAH DAP DAN PKR UNTUK MENYERTAI PAKATAN HARAPAN

Ringkasan artikel:

Sekiranya PKR dan DAP menerima PPBM dalam Pakatan Harapan dan menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu, dan apabila  Pakatan Harapan menang PRU GE14, Mahathir akan menentukan bahawa  Anwar menerima pengampunan dan dibebaskan dari penjara sementara tuduhan rasuah terhadap Guan Eng digugurkan. 


Artikel utama:

Tun Dr Mahathir Mohamad terus bercakap tentang ‘cash is king’ dan tentang Najib Tun Razak merasuah rakyat untuk menyokongnya atau merasuah penggundi untuk mengundi Umno dan Barisan Nasional.

Sebenarnya, keseluruhan ini, di mana rakyat Malaysia panggil politik wang ’, bermula dalam tahun 1982 dan kemuncaknya dalam tahun 1987. Dan siapakah Perdana Menteri ketika itu? Tengku Razaleigh Hamzah, PAS, DAP dan banyak lagi, boleh menceritakan banyak cerita ngeri tentang bagaimana politik wang telah menjadi masalah yang serius sejak tahun 1980an.
Dan contoh yang amat bersejarah ialah Tun Ghafar Baba seorang yang telah dikalahkan melalui politik wang. Anwar Ibrahim belanja RM200 juta di Sabah sahaja untuk memenangi 19 daripada 20 Bahagian Umno dan lagi RM300 juta di Semenanjung Malaysia. Bajet RM500 juta membantu Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Mahathir bersetuju menggugurkan tuduhan terhadap Guan Eng sekiranya DAP menerimanya sebagai Perdana Menteri dan PPBM sebagai ahli atau komponen Pakatan Harapan

Apa yang membingungkan bukanlah Anwar membelanjakan RM500 juta untuk menjadi Tibalan Perdana Menteri tetapi bahawa Mahathir di belakang semua ini. Mahathir bukan hanya tahu apa yang Anwar lakukan tetapi wang RM500 juta itu datangnya daripada salah seorang kroni Mahathir. Vincent Tan ialah pembiayanya dan rahsia ini telah didedahkan oleh tidak lain daripada S. Nallakaruppan, bapak ayam Anwar yang menyamar sebagai ‘rakan bermain tennis’ beliau.
Oleh itu, sekirnya  Mahathir, Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, PPBM, PKR, DAP, Pakatan Harapan, etc., memberitahu anda mereka berjuang untuk ‘Malaysia Baharu’ itu merupakan satu penyamaran yang mutlak. Malah sehingga hari ini semua mereka ini terlibat dengan rasuah yang dikenali dengan politik wang.
Pada permulaannya, PKR dan DAP tidak menerima PPBM ke dalam Pakatan Harapan atau menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu berbalik semula pada September 2016. Kemudian, pada Disember 2016, Mahathir berjaya merundingkan dengan kedua-dua DAP dan PKR.
Sekira PKR dan DAP menerima PPBM ke dalam Pakatan Harapan dan menerima  Mahathir sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu, dan apabila Pakatan Harapan memenangi PRU 14, Mahathir akan menentukan Anwar menerima pengampunan dan bebas dari penjara sementara tuduhan rasuah terhadap Guan Eng akan digugurkan.
Dan sebab itulah mengapa Anwar telah diberi pengampunan dan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng telah digugurkan. Inilah rasuah yang Mahathir janjikan kepada  DAP dan PKR.

Anwar telah dirasuah dengan pengampunan sekiranya beliau menerima  PPBM sebagai ahli atau komponen Pakatan Harapan dan Mahathir sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu

Ya, rasuah datang dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai. Anda boleh merasuah seseorang dalam banyak cara, sek dan pertolongan merupakan dua daripada caranya. DAP dan PKR telah dirasuah dengan pengampunan Anwar dan tuduhan terhadap Guan Eng telah digugurkan.
Pakatan Harapan ingin mengajar prinsip moral dan menyatakan pelbagai perkara menjijikan terhadap Najib, Umno, Barisan Nasional dan sebagainya. Ini serupalah periok memanggil cerek itu hitam. Atau perompak memanggil orang lain pencuri atau penyamun atau lanun.
Tetapi bagi pengundi bukan Melayu, terutama kaum Cina, rasuah bukan perkara yang penting sebab mereka tidak kisah tentang etika, yang pentingnya mereka dapat menjatuhkan kuasa politik Melayu.
Sebagai contoh kerajaan Cina DAP Pulau Pinang, walaupun Ketua Menterinya terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa besar-besaran sebelum PRU 14, namun keputusan PRU 14 menggambarkan bahawa kerajaan yang sama mampu bertahan, malah dengan lebih kukuh lagi kedudukanya kerana disokong oleh  majoriti penduduk kaum Cina di pulau tersebut.




No comments:

Post a Comment