Sunday 7 October 2018

KERAJAAN PH PERLU LEBIH PERHATIN, PULIHKAN EKONOMI NEGARA


7 OKT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) prihatin dengan kemungkinan berlakunya situasi di mana ekonomi negara berdepan dengan defisit berganda.
Najib berkata, minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun berita ini dilaporkan dengan agak meluas di luar negara seperti di Nikkei yang merupakan media Jepun namun media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya.
Selain itu, kata beliau, pada minggu lepas, kerajaan PH juga mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos di mana eksport telah menurun manakala import sudah naik dengan tinggi.
“Ini menyebabkan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan dan laporan ini juga mengesahkan eksport minyak sawit telah jatuh sebanyak 27 peratus (berbanding unjuran kejatuhan pada 26 peratus).
“Saya harap kerajaan PH sentiasa prihatin tentang kemungkinan berlakunya tiga kali ganda defisit ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

No comments:

Post a Comment