12 OKT: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas kerajaan PH yang dilihat sememangnya tidak menunaikan janji manifesto mereka untuk menghapuskan kutipan tol di seluruh negara.
Sambil menyindir PH yang katanya sering ‘memekik’ sebelum PRU14 hari ini lain pula cerita mereka.
“Bukan main memekik sampai buat video dan poster berjuta-juta orang ‘like’ dan tonton. Hari ini, apa cerita?
“Dulu sebelum jadi kerajaan, janji hapus tol. Siap kata kerajaan cuma perlu berapa ringgit je untuk buat sedemikian.
“Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah. Tapi kerajaan BN dan saya Najib Razak yang dipersalahkan, walhal hampir setiap tahun saya umum hapus tol di beberapa kawasan,” katanya dalam posting terbaru di laman Facebooknya hari ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap kepada Bernama dan RTM pada akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, berkata pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.
Dr Mahathir juga mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto PH.
Malah, katanya, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.
Sebulan sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu, Dr. Mahathir yang juga pengerusi PH, dilaporkan berkata bahawa jika gabungan pembangkang membentuk kerajaan, mereka akan menamatkan kutipan tol di seluruh negara secara berperingkat.
Katanya, satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol.
Namun bidas bekas presiden UMNO itu, apa yang berlaku kini disebabkan janji yang tidak ikhlas untuk rakyat dan dilakukan semata-mata kerana tamakkan kuasa.
“Hari ini dah jadi kerajaan, baru cakap mustahil lebuhraya tanpa tol,” kata Najib.
No comments:
Post a Comment