Sunday 21 October 2018

PENJUALAN TANAH, GUAN ENG TIPU LAGI


Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tidak berpuas hati. Dia mengadu bahawa kononnya banyak pihak telah menyerangnya secara peribadi setelah beliau menyatakan bahawa langkah menjual aset sebagai satu cara untuk menampung kos kerajaan negeri dan ia dilihat oleh banyak pihak sebagai satu tindakan yang tidak bijaksana.
Melalui satu kenyataan akhbar, Guan Eng berkata semasa dia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri selama 10 tahun, kerajaan Pulau Pinang di bawahnya hanya menjual 43 hektar tanah sahaja.
Tidak perlu untuk mengulas panjang lebar jika mahu mematah ketidakjujuran beliau. Kita hanya perlu merujuk kepada kenyataan Guan Eng sendiri sebelum ini dalam satu kenyataan beliau tentang penjualan tanah seluas 99.2 hektar (245 ekar) seperti berikut:
Kenyataan ini bercanggah dengan apa yang dinyatakan sebelum ini.
Sebenarnya, selama temph 10 tahun ini, kerajaan Pulau Pinang di bawah beliau sudah menjual dan memberi tanah ataupun hak tanah milik kerajaan negeri sebanyak 2,337.5 hektar (5,776 ekar) – dan bukan hanya 43 hektar seperti didakwanya.
Ini termasuk dua projek PPP untuk projek terowong yang kini tiada apapun boleh dilihat dan projek Menambak Laut di mana hak penambakan tanah diberi.
Guan Eng juga masih mahu meraih pujian dengan berkata dia telah mengurangkan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang sebanyak 90% padahal ianya merupakan usaha kerajaan pusat BN pada tahun 2010 apabila kerajaan pusat memberi bantuan kepada kerajaan negeri dengan mengstruktur semula aset air mereka dan sekaligus telah mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta iaitu 95% dari hutang kerajaan Pulau Pinang pada masa itu.
Guan Eng sendiri juga pernah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai perkara ini bagaimana kerajaan pusat di bawah BN telah menolong Pulau Pinang untuk mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95%:
Hakikatnya alam maya atau Internet tak pernah lupa.
Jika fakta fakta yang sangat nyata dan ketara ini masih mahu di bohongi, masakan beliau tidak terus berbohong jika ia melibatkan kewangan negara?
Guan Eng perlu sedar bahawa dia sekarang bukan lagi ahli politik pembangkang, tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat sebagai menteri kewangan negara. Oleh itu, beliau sepatutnya mempunyai sikap yang telus serta jujur.

No comments:

Post a Comment