Wednesday 10 October 2018

GUAN ENG: MAHATHIR AKAN DIPENJARAKAN SEKIRANYA BN MEMENANGI PRU 14


(The Sun Daily) – Perdan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipenjarakan sekiranya Pakatan Harapan (PH) telah kalah dalam PRU 14.
Bercakap kepada lebih 3,000 orang yang menghadiri ceramah mega PH untuk PRK  Port Dickson malam kelmarin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Mahathir memberithunya sebelum pilihan raya pada Mei 9 2018 bahawa malah beliau bersedia untuk menghadapi hukuman tersebut.
Setiausaha Agung DAP itu menegaskan bagaimana Mahathir, yang menjadi tumpuan perhatian dalam satu siasatan kerugian pertukaran wang asing pada tahun 1990, telah hampir dipenjarakan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) ketika itu.
Bukan sahaja (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah berada dipenjara, saya juga,” Lim berkata. “Dan seorang yang hampir dipenjarakan adalah Mahathir. Sekiranya kita  (PH) telah kalah PRU 14, saya fikir Tun akan juga dipenjarakan.
“Tun telah beritahu saya beliau sudah bersedia. Dan kita tidak boleh lupa (Tun Dr) Siti Hasmah Mohd Ali juga telah disiasat oleh polis. Sekiranya sebelah sana menang, kita mungkin dalam penjara,” beliau berkata, di sini, membawa gelak daripada hadirin.
Tetapi terima kasih, telah menentukan bahawa kuasa itu telah dikembalikan kepada rakyat (dan PH), beliau menambah.
Sementara itu Lim tidak menyebut dengan specifik tentang kes itu, beliau berkemungkinan merujuk kepada kerugian transaksi wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990an, apabila Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu.
Mahathir telah berkata beliau sanggup disiasat, sementara itu polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat perkara itu pada Disember 2017 tahun lepas.
Hasmah telah, sementara itu, disoal siasat oleh polis pada Januari tahun ini ke atas ucapan beliau di satu perhimpunan pada bulan Sept 2017.



No comments:

Post a Comment