Monday, 8 October 2018

KERAJAAN PH PATUT MALU, GAGAL BAWA SEBARANG PELABURAN, SETELAH ENAM BULAN BERKUASA

8 OKT: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad patut merasa malu kerana balik dengan tangan kosong setelah melawat beberapa negara seperti Jepun, China, Turki , United Kingdom dan Amerika Syarikat sementara berita kejayaan Petronas di Kanada pula sengaja disembunyikan.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi yang membidas kerajaan PH lantaran menyembunyikan kejayaan Petronas membina loji dan saluran gas LNG di Kanada kerana ia melibatkan peranan dan sumbangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa menjadi Perdana Menteri.
“Kini, Petronas memiliki pelaburan terbesar di Kanada dan pada tahun 2012 membeli Syarikat Progress Energy yang memiliki rizab gas antara yang terbesar di Kanada.
“Rakyat Kanada tidak pun menuduh bahawa negara mereka telah dijual atau tergadai kepada Malaysia.
“Peranan Najib adalah jelas iaitu tidak campur tangan urusan Petronas tetapi membantu melobi menggunakan approach G to G,” katanya menerusi catatan dalam laman facebooknya hari ini.
Jelasnya, pelaburan ini melibatkan pembinaan dua loji pemprosesan dan saluran gas sepanjang 670 km di Kanada untuk diekspot terutama kepada rantau Asia dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau umum ini merupakan pelaburan asing terbesar dalam sejarah bagi negara tersebut.
“Sebaliknya Tun M sering memaksa Petronas melaksanakan agenda peribadinya seperti projek Formula 1 yang kini ditamatkan.
“Sebab itu rizab wang tunai Petronas pada akhir bulan Jun 2018 mencecah RM177 Bilion. Jauh lebih tinggi berbanding ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Projek RAPID di Penggerang yang sudah mula beroperasi menjadikan Petronas kembali ke landasan betul,” ujarnya.
Tegasnya, tindakan menyembunyikan kejayaan di Kanada ini sama lah dengan tindakan Tun M untuk menghentikan atau menggantung projek seperti BRIM, ECRL, HSR, MRT dll kerana mahu menghapuskan legasi Najib.



No comments:

Post a Comment