KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kalau mengikut dictionary “Double-Tongued Word Wrestler Dictionary”, half past six bermaksud buruk, tidak berkualiti, cuai dan tidak terurus. Ini dikaitkan dengan jam dinding. Apabila sampai waktu jam enam setengah pagi atau petang, kedua dua jarum jam akan bersama menunjuk tepat ke bawah. Umpama dua Ibu jari yang ditunjukkan ke bawah (thumb down atau tidak bagus).
Tun M tuduh Menteri Menteri zaman Najib adalah half past six. Tetapi rupanya Menteri zaman Malaysia Baru sebenarnya yang half past six. Ini diakui sendiri oleh Tun M yang mengatakan dia kecewa dengan prestasi Menteri di bawah kabinet beliau.
Apa tidaknya Syes Sadiq viral gambar dia tidak berbaju mandi dalam bathtub. Dr Maszlee tidak habis habis dengan isu warna kasut dan stokin. Lim Guan Eng pula nak letak tanda titik pada angka pun tidak tahu. Manakala Menteri KKLW, Rina Harun kata “I can work better now” setelah dianugerahkan pingat Datuk Seri. Baru Bian pula angkuh bila mengatakan terpulang jika rakyat mahu bermimpi tol akan dihapuskan.
Sebab itu saya tertarik dengan komen Datuk Kadir Jasin dalam posting terbarunya (20.10.2018). Dia mencadangkan supaya Menteri Menteri Kabinet termasuk Menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil rakyatnya disekolahkan semula. Cadangan ini mengesahkan, Menteri Menteri PH adalah half past six. Dia mahu minda mereka diubah daripada minda Pembangkang kepada minda Pemerintah dan daripada bercakap kosong kepada mengisi kekosongan.
Kadir Jasin adalah penasihat media kepada Tun M. Sudah tentu dia menulis atas pengetahuan Mahathir. Itu bermakna Tun M fed up dengan gelagat Menteri kabinet beliau. Tetapi dia tidak berani menegur keras kerana perlantikan mereka dibuat atas perkiraan politik.
Sebenarnya Mahathir yang patut dipersalahkan kerana bertanggungjawab melantik mereka termasuk melantik Lim Guan Eng yang ada kes pendakwaan rasuah ketika itu. Maka apakah Kadir mahu menyalahkan Mahathir juga.
Sebenarnya Mahathir yang patut dipersalahkan kerana bertanggungjawab melantik mereka termasuk melantik Lim Guan Eng yang ada kes pendakwaan rasuah ketika itu. Maka apakah Kadir mahu menyalahkan Mahathir juga.
Menurut Kadir Jasin akhirnya ancaman sabotaj kepada Kerajaan PH datangnya dari dalam termasuk oleh Menteri Kabinetnya sendiri yang didakwa oleh Kadir sebagai tamak, jahil dan tidak fokus.
Sebab itu Kadir menyelar tindakan Lima orang Menteri yang terlalu awal menerima pingat Datuk Seri. Justeru beliau mencadangkan dibuat satu peraturan yang melarang Menteri Pusat, Menteri Negeri, Exco, ahli Parlimen dan ADUN menerima pingat ketika masih dalam perkhidmatan. Kadir menyifatkan tindakan Menteri Menteri itu sebagai “keamotaran” (amateur) pemikiran mereka.
Kenapa Kadir mencadangkan mereka disekolahkan? Menurutnya dia bernasib baik kerana dia pernah menjadi peserta Kem Bena Semangat di Negeri Sembilan. Pada beliau program itu baik dan patut dikekalkan.
Mungkin Kadir Jasin lupa BTN telah dimansuhkan. Maka pertanyaan saya, apakah Kadir merasakan dia juga adalah “Half past six”?
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi
Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi
No comments:
Post a Comment