Tuesday, 12 December 2017

ADAKAH MAHATHIR AKAN PULANGKAN PINGAT KEBESARAN SULTAN JOHOR JUGA?


Persoalan kini timbul samaada Dr Mahathir juga akan memulangkan pingat darjah kebesaran diterima oleh Sultan Johor ekoran Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar juga pernah mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan tersebut berhubung isu Bugis.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disahkan telah memulangkan darjah kebesaran diterima oleh Sultan Selangor.
Mahathir menerima pingat daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003 dan ianya diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Rais Hussin sepertimana dilaporkan lidah rasmi pembangkang, Malaysiakini.
Ditanya mengenai sebab pemulangan pingat berkenaan, Rais secara sinis berkata “sudah gaharu cendana pula”.
Tanpa menjelaskan lanjut, sindiran pemimpin PPBM itu dipercayai berikutan kritikan Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap Dr Mahathir menerusi temubual oleh media The Star.
Akhbar The Star melaporkan, Sultan Sharafuddin membidas Pengerusi PPBM itu berhubung isu kenyataan lanun Bugis dinyatakan Dr Mahathir disamping isu berkaitan dagangan mata wang asing (forex) Bank Negara serta pegkhianatan kepada UMMNO.
Titah baginda didalam temubual berkenaan, Dr Mahathir sehingga kini masih belum meminta maaf kerana menyebut lanun Bugis sekaligus menghina keturunan Sultan yang juga berbangsa Bugis.
Sultan juga pernah menggesa agar Dr Mahathir disiasat dibawah Akta Hasutan kerana mencipta kebencian terhadap keturunan Bugis.
Persoalan kini timbul samaada Dr Mahathir juga akan memulangkan pingat darjah kebesaran diterima oleh Sultan Johor ekoran Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar juga pernah mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan tersebut berhubung isu Bugis.
“Sebelum ini, Sultan Johor telah menyatakan kekecewaan baginda terhadap Mahathir Mohamad,” kata panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Dr Norvandri Hasan Basri.
Ujarnya, baginda Sultan Johor juga pernah menyatakan rasa dukacita diatas kenyataan Dr Mahathir menghina keturunan Bugis.
“Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis. Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis,” titah baginda.
Jelas Dr Norvandri, Sultan Johor juga menyifatkan ucapan Dr Mahathir ketika himpunan ‘Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ itu dilihat mahu memecah belah kaum dan membenci sesama kaum yang sepatutnya saling menghormati.
Justeru, beliau menggesa penjelasan daripada Pakatan Harapan terutama Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung tindakan Dr Mahathir memulangkan pingat tersebut.
“Apakah beliau akan zip mulut buat-buat tidak tahu tentang pemulangan pingat kebesaran tersebut?.
“Apakah Azmin masih mahu menganggap tindakan Mahathir itu ‘hak peribadi’ padahal persepsi pemulangan pingat tersebut berkaitan dengan teguran Sultan Selangor terhadap Mahathir?.
“Apakah pendirian Lim Kit Siang dan DAP, mereka juga akan zip mulut?.
“…Apa pun, propaganda jahat cauvinis DAP berjaya. Melayu ‘screw’ Melayu terlaksana tanpa mereka bersusah payah,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment