Friday 1 December 2017

MELAYU PAKATAN HARAPAN MASIH LENA MIMPI INDAH: AKHIRNYA BANGSA MELAYU AKAN JADI HAMBA GOLONGAN CAUVANIS DAP.

Yang berkuasa dalam Pakatan Harapan bukanlah Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Azmin Ali dan Mat sabu, tetapi diktator tua di atas iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.
Apakah parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan masih lagi ‘naif’ sekadar ‘tunggu dan lihat’ terhadap ‘taikonya’, DAP?

Kalau isu terbaharu melibatkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kebun Bunga daripada PKR, Cheah Kah Peng yang disekat peruntukan bantuan mangsa banjir oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun masih teraba-raba untuk mencari motifnya, tak pastilah apa yang bermain di fikiran orang Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selain PKR sendiri.

Boleh pula alasan Guan Eng bahawa pendaftaran mangsa banjir di kawasan Kebun Bunga akan diselia oleh beliau sendiri dan ADUN Pulau Tikus daripada DAP, Yap Soo Huey atas sebab prosedur dalaman?

Dengan menyerahkan tugas berkenaan kepada Yap Soo Huey bukankah mengenepikan peranan PKR dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu?

Parti-parti ‘Melayu’ dalam pakatan itu barangkali memang tak mahu sedar, tetapi orang Melayu bolehlah buka mata lebih besar lagi dengan tindak tanduk DAP.

Sebelum ini bukankah PAS sebuah parti Melayu menjadi mangsa penangan DAP? Apa yang telah dibuat Guan Eng terhadap presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang? Ini sehinggakan suatu ketika cuba mengajar ahli-ahli PAS bahawa hanya Haji Abdul Hadi sahaja yang tidak dilayan DAP tetapi tidak ahli PAS keseluruhan. Itu belum lagi masuk bab Haji Abdul Hadi dicerca dan dinista.

DAP tetap parti dominan dalam Pakatan Harapan biarpun pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad bekas musuh ketat Lim Kit Siang.

Tak hairanlah Timbalan Presiden Parti Cina Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan bersuara: “Secara teorinya, PKR merupakan parti yang senang dibuli dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Itu pun tidak termasuk apa dilakukan terhadap YB Norlela ADUN Penanti”.

Sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 membuktikan DAP hanya mampu menang banyak kerusi Parlimen hasil kerjasama dengan parti berteraskan Melayu, PKR dan PAS.

DAP bagaimanapun hanya mampu menang di kawasan majoriti Cina pada PRU 1990 dan 1999 walaupun berlaku perpecahan dalam UMNO dan berpakat dengan beberapa parti Melayu lain.

Namun dalam PRU 2008 dan 2013 apabila DAP mendapat sokongan Melayu yang banyak hasil kerjasamanya dengan PAS dan PKR, kerusi DAP bertambah secara drastik dengan memenangi 28 kerusi (12.61%) dan 38 kerusi (17.1%) daripada 222 kerusi Parlimen.

Kini, setelah PAS tidak lagi bersama pakatan, DAP resah. DAP risau partinya tidak kuat lagi. Kerana itulah DAP mengeluarkan pelbagai propagandanya untuk memastikan pengundi Melayu dalam PAS kekal bersamanya dalam Pakatan Harapan.

DAP menang 20 daripada 57 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU 1990, sembilan daripada 50 kerusi (PRU 1995), 10 daripada 47 kerusi (PRU 1999), 12 daripada 44 kerusi (PRU 2004), 28 daripada 47 kerusi (PRU 2008) dan 38 daripada 51 kerusi (PRU 2013).

Dan andai kata orang Melayu tidak bersatu, DAP mampu menguasai negara biarpun hanya sekadar bertanding 60 kerusi Parlimen pada PRU-14. Ini dengan menggunakan PAN, PKR dan PPBM untuk mendapatkan undi Melayu.

Untuk mendapatkan undi Melayu, DAP yang berkuasa mempunyai 38 kerusi melebihi lain-lain parti dalam Pakatan Harapan cuba menggambarkan kononnya pakatan itu dikuasai Melayu dengan melantik Tun Dr Mahathir (bekas musuh ketatnya) dan lain-lain pemimpin-pemimpin Melayu pakatan sebagai barisan kepimpinan dalam Pakatan Harapan. Ini jelas merupakan satu tipu helah atau strategi Lim Kit Siang untuk mempegaruhi pengundi-pengundi Melayu. Hakikatnya kuasa mutlak dalam Pakatan Harapan ialah DAP, bukannya PAN, PKR dan PPBM, mereka hanyalah alat untuk mendapatkan undi Melayu. .

Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan serta Melaka mempunyai banyak kawasan campuran. Barangkali DAP juga yakin peralihan 10 hingga 15 peratus undi Melayu sudah cukup untuk mereka mengambil alih pentadbiran negara ini.

Apakah pengundi Melayu propembangkang tidak akan lagi berpolitik berlandaskan emosi dan persepsi, tetapi berlandaskan realiti?

Mungkinkah orang Melayu yang ‘tergelincir dari landasan’ pada 2013 dan 2008 kali ini akan memikirkan secara serius tentang masa depan bangsa Melayu dan negara ini sebelum tertarik menyokong pihak lain.

Bangsa Melayu agar jangan seperti pantun bidalan berikut:

Cauvanis DAP punya angkara
Apabila berkuasa mengikut selera
Pemimpin Melayu Pakatan Harapan tamak haloba
Kelak bangsa Melayu akan menjadi hamba

DAP ‘taiko’ Pakatan Harapan
Cukup kuat sokongan diberikan
Pemimpin Melayu Pakatan Harapan ketandusan jatidiri
Akibat bangsa Melayu merempat di tanah air sendiri

Bangkitlah parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan dari lena mimpi yang indah? Maruah anda sedang dicabar seperti mana di DUN Kerajaan DAP Pulau Pinang. Begitu juga DUN Kerajaan PKR Selangor yang didalangi kuasa DAP, walaupun diterajui Menteri Besar berbangsa Melayu. Tidak segankah bangsa dan agama anda dihina oleh golongan cauvanis DAP yang memusuhi bangsa dan agama anda, angkara pemimpin anda yang gila kuasa, tamak haloba serta ketandusan jatidiri?





No comments:

Post a Comment