Sunday 3 December 2017

MENYEMBUNYIKAN, BERSUBAHAT DAN PECAH AMANAH FOREX BNM: 4 SUSPEK DISIASAT BAWAH SEKSYEN 406, 409, 34, 107 KANUN KESEKSAAN DAN LAIN-LAIN PERUNTUKAN.


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga forex pada 1990-an percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion.

Suruhanjaya itu juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Ini adalah memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994.


Laporan 524 muka surat itu menyebut Perdana Menteri ketika itu turut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan bersama dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada penghujung 1993 bahawa BNM mengalami kerugian akibat urus niaga forex pada tahun 1992 dan 1993 berjumlah RM30 bilion.


Bagi tempoh yang dinyatakan dalam laporan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Suruhanjaya itu berpendapat bahawa terdapat bukti daripada inkuiri itu yang mencadangkan kemungkinan wujudnya kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) ke atas dana kepunyaan BNM mengikut Seksyean 406 dan 409 Kanaun Keseksaan oleh individu yang terlibat secara langsung dalam urus niaga forex itu, terutamanya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dilihat mempunyai kawalan penuh dan bertanggung jawab dalam urus niaga forex.

Laporan itu menyebut walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

Seterusnya, suruhanjaya itu menyatakan mereka telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat.

Individu-individu yang termasuk dalam kategori ini adalah Timbalan Gabenor, Gabenor, Lembaga Pengarah BNM, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Berikutan inkuiri terbuka ke atas 25 saksi dan mengambil kira pelbagai bukti dokumen yang relevan, suruhanjaya itu mempunyai alasan kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa BNM mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion akibat urus niaga forex pada 1992, 1993 dan 1994.

Kerugian besar itu memberi kesan negatif yang signifikan ke atas ekonomi di mana ia telah menjejaskan peluang untuk kerajaan dalam membangunkan negara. Dan menambah, kerugian itu turut merencatkan keupayaan BNM untuk melaksanakan mandat sebagai bank pusat negara.

Laporan itu menarik perhatian bahawa kerugian berkenaan disembunyikan menggunakan kaedah perakuanan yang tidak konvensional seperti menggunakan pelbagai akaun rizab dalam kunci kira-kira untuk merekodkan kerugian.

Satu lagi mekanisme yang digunakan adalah meningkatkan nilai kunci kira-kira melalui pindahan saham daripada kerajaan untuk mengakaunkan kerugian serta mewujudkan Perbelanjaan Tertunda yang dilunaskan dalam masa 10 tahun.

Tiada tindakan lanjut diambil oleh Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (sebagai Ahli Lembaga Pengarah) walaupun telah dimaklumkan oleh Ketua Audi Negara mengenai kerugian berkenaan dan kaedah perakaunan yang luar biasa.

Suruhanjaya itu juga melaporkan bahawa cabutan minit daripada mesyuarat Jemaah Menteri yang masing-masing diadakan pada 30 Mac, 6 April dan 13 April 1994, merekodkan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah mempengerusikan mesyuarat pada 30 Mac 1994, di mana tiada maklumat berkenaan kerugian sebenar sebanyak RM12.3 bilion untuk tahun 1992 dan sejumlah RM15.3 bilion untuk tahun 1993 dimaklumkan. Kerugian yang dilaporkan pada 1993 adalah sebanyak RM5.7 bilion sahaja.

Perdana Menteri ketika itu yang mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 April 1994 tidak memperbetulkan atau memohon penjelasan lanjut apabila kerugian urus niaga forex baga 1993 yang dilaporkan pada ketika itu berjumlah RM5.7 bilion.

Di samping itu, suruhanjaya mendapati bukti bahawa beberapa individu dari BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara termasuk Lembaga Pengarah BNM dan Menteri Kewangan mempunyai maklumat berkenaan kerugian sebenar urus niaga forex dan terlibat dalam menyembunyikan kerugian sebenar dalam urus niaga forex BNM itu.

Oleh yang demikian, suruhanjaya berpendapat, mereka juga sepatutnya dipertanggung bersama ke atas kesalahan berkenaan.

Suruhanjaya itu juga berpandangan, berdasrakan fakta dan situasi yang dikemukakan dalam inkuiri itu, terdapat asas untuk mencadangkan satu siasatan rasmi dijalankan oleh pihak PDRM bersabit kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah CBT dan/atau penipuan oleh mereka dan Perdana Menteri ketika itu dalam menjalankan urus niaga forex secara spekulatif dan/atau menyembunyikan makluamat kerugian urus niaga forex daripada Jemaah Menteri dan Parlimen.

Suruhanjaya itu juga mendapati urus niaga forex oleh BNM pada penghujung tahun 1980-an sehingga tahun 1993 adalah melampaui had serta bersifat spekulatif untuk tujuan keuntungan dan ia bertentangan dengan Seksyen 31(a) Ordinan Bank Puast 1958.

Walaubagaimana pun satu laporan Polis telah dibuat oleh Setiausaha suruhanjaya Dr.Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 01 Disember 2017.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fauzi Harun berkata, pihaknya akan menubuhkan satu pasukan khas dalam masa terdekat setelah menerima laporan  daripada IPD Putrajaya bagi menyiasat skandal kewangan tersebut.
Difahamkan kase akan disiasat oleh IPD Dang Wangi Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment