Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sudah kehabisan idea atau isu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Ser Najib Tun Razak dengan berusaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.
Setelah fitnah isu 1 Malaysia Development Bhd.(1MDB) gagal, maka isu Penasihat PKR, Anwar dipenjara cuba dipanaskan kembali untuk mendapat simpati rakyat.
Mahathir lupa bahawa sejak berkawan dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu jadi Perdana Menteri, imejnya tercalar dan tidak lagi boleh dipercayai.
Anwar dan penyokongnya dianggap hilang akal jika mempercayai Dr. Mahathir benar-benar ikhlas dan serius mahu Anwar dibebaskan.
Dr. Mahathir hanya berlakon dan berpura-pura sahaja. Dia memang pakar dalam pusingan-U. Anwar dipenjara kerana didakwa melakukan perbuatan jenayah liwat setelah melalui proses perbicaraan yang panjang. Bertahun dan berbelas kali penangguhan. Kelmarin, Dr. Mahathir menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.
Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat, Kimberly Motley.
Dr. Mahathir dan Motely menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.
Sebenarnya Anwar tidak boleh mudah lupa kerana dia ditahan oleh Dr. Mahathir bermula dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Rumah Anwar juga diserbu dengan kasar dengan menggunakan polis khas, matanya lebam ketika dalam tahanan dan Mahathir boleh mendakwa bahawa Anwar menumbuk sendiri matanya sampai lebam.
Itu tahanan bermotif politik. Anwar dulu dipecat dan ditahan kerana buku ‘50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Dr. Mahathir percaya buku itu. Anwar sekarang dipenjara kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sendiri yang membuat adauan. Lagi pun Anwar hanya tinggal beberapa bulan sebelum bebas.
Kenapa di peringkat awal dahulu Mahathir tidak memperjuangkan pembebasan Anwar? Kenapa baharu sekarang? Sudah tentu kerana politik. Bukannya Anwar dipenjara kerana politik tetapi Dr. Mahathir cuba mempolitikkan pada saat kritikal ini iaitu pembebasan Anwar.
No comments:
Post a Comment