Monday 4 December 2017

DAP IBARAT RACUN PEROSAK KEPADA NEGARA.



Ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cenderung memecahbelahkan perpaduan masyarakat sehingga dikhuatiri boleh menjadi racun perosak kepada negara.

Pemimpin DAP kini secara terus-terusan memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej negatif kepada negara.

Mereka terus menyerang UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti yang mewakili masyarakat Cina dengan pelbagai kisah yang tidak benar.

DAP mahu masyarakat Cina terus menyokong mereka dan dalam masa sama memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengukuhkan parti tersebut supaya boleh berkuasa. Jika mengaharapkan undi kaum Cina sahaja walaupun 95%, mereka masih tidak boleh berkuasa, sebab itulah mereka memerlukan undi Melayu dengan harapan dapat menguasai negara ini, walaupun dengan sikap cauvinis serta perkaumannya mereka memang tidak menyenangi bangsa (Melayu) itu. Kononnya Melayu itu mendominasi kuasa dinegara ini, yang mana dakwaan mereka itu memang tidak benar. Apa yang diamalkan sekarang ialah perkongsian kuasa berasaskan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui bersama oleh semua kaum sebelum kita mencapai kemerdekaan.

Sikap DAP yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk meburuk-burukkan negara demi kepentingan politik. Dengan itu adalah jelas disini kesetiaan mereka kepada negara ini boleh dipersoalkan. Kesetiaan mereka kepada negara ini hanya dibibir mereka sahaja bukan dengan perasaan dan tindakan tanduk mereka.

Oleh itu, rakyat perlu bijak memilih parti yang benar-benar boleh mempertahankan mereka dan bukannya yang hanya menyemai sikap kebencian.

Keharmonian dan perpaduan yang ada di negara ini sangat berharga dan tidak boleh ditukarkan dengan apa sahaja alasan termasuk kepentingan politik.

Malah sikap DAP yang sering mendapatkan sokongan daripada pihak luar sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada kedaulatan negara ini.

Tambahan lagi, sikap pemimpin DAP terserlah di Parlimen apabila mereka sering menggunakan bahasa yang kasar, angkuh serta kurang ajar yang bukan budaya orang Malaysia.


No comments:

Post a Comment