Tuesday 26 December 2017

ANALISIS : NAJIB TELAH BERJAYA MENGATASI PEMBANGKANG, MERANCANG UNTUK MEMENAGI PRU 14.


Meskipun skandal 1MDB dan Dr Mahathir Mohamad memimpin Pakatan Harapan (PH), kedudukan politik Perdana Menteri Najib Razak adalah selamat dan mempunyai peluang untuk dipilih semula tahun hadapan, kata seorang ahli sains politik.
Dalam satu artikel East Asia Forum, tulisan James Chin, Pengarah Asia Institute di  University of Tasmania menulis bahawa Najib yakin akan memenangi 140 kerusi dalam PRU ke 14 (PRU 14) di mana harus diadakan tidak lewat daripada Ogos tahun hadapan..
Satu sebab ialah “urusan peribadi” Najib dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Di bawah Hadi, PAS enggan menyertai PH, menyebut “pengaruh di mana-mana” parti yang berasaskan Cina DAP.
Chin menyatakan sementara Hadi mendakwa agenda rahsia DAP adalah menghalang pembentukan negara Islamic dan mempromosikan agama Kristian, sebab yang lebih nyata adalah perasaan yang lebih meluat Hadi terhadap Mahathir kerana berjaya menindas agenda politik PAS semasa beliau berkuasa.
Chin juga menyatakan Najib bermain dengan hubungan mesra dengan Hadi, termasuk  berjanji yang UMNO, yang beliau pimpin, akan menyokong langkah PAS itu untuk meminda undang-undang shariah untuk memperkasakan rang undang-undang (RUU) tersebut..
Urusan tanpa hitam putih antara Hadi dan Najib ialah setelah Najib memenangi pilihan raya umum akan datang, UMNO akan mengambil alih RUU 355 (Mahkamah Shariah  (Bidang Kuasa Jenayah Akta 1965) sebagai bil kerajaan,”nyata beliau.
Kebanyakkan pakar undang-undang percaya, setelah RUU 355 diluluskan oleh Parlimen, ia merupakan langkah pertama dalam meminda perlembagaan persekutuan yang kononnya dikatakan sekular.
Sekiranya urusan ini berjaya, PAS akan meletakkan lebih banyak calon yang termampu menentang UMNO dalam 110-20 kerusi kawasan luar bandar majoriti Melayu. 
Sementar di luaran ini kelihatan dahsyat untuk Najib, perlu difahamkan dalam kontek  Mahathir, PH juga inginkan kerusi majoriti Melayu ini. Adalah sukar untuk memenangi pilihan raya umum di Malaysia tanpa memenangi sebahagian besar kerusi majoriti Melayu.
“Malaysia melaksanakan sistem elektoral di bawah first-past-the-post, oleh itu dengan undi pembangkang berpecah antara PAS dan PH, UMNO akan menang sebahagian besar kerusi majoriti Melay dan dengan itu memenangi pilihan raya umum.
“Najib amat yakin dengan strategi ini di kalangan lingkungan mereka yang rapat yang UMNO menyasarkan tumpuan antara 140 hingga 160 kerusi daripada 222 kerusi  Parliamen,” kata Chin.
Tanpa kuasa naungan dan jentera kerajaan, Chin menambah, Mahathir didapati makin sukar untuk mempengaruhi pengundi.
Masalah Mahathir masih merasai legasi orang kuat. Banyak mereka daripada golongan kelas menengah dan pembangkang mahu beliau memohon maaf kerana mencabuli hak asasi manusia semasa 22 tahun berkuasa, termasuk memenjarakan pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah undang-undang terkenal ketika itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Mahathir dengan teguh pendiriannya enggan memohon maaf dan hanya melafaskan ‘kesal’ terhadap sebahagian daripada tindakan beliau.
Terdapat kesedaran dari kalangan pengundi bandar yang Mahathir tidak boleh dipercayai dan beliau hanya menggunakan pembangkang untuk merampas kuasa. Sebahagian daripada mereka kuatir yang setelah berkuasa, beliau akan berbalik semula kepada cara authoritarian.
Dengan itu, terdapat berbahaya sebenar yang mendidik, pengundi bandar akan membantah kedegilan Mahathir dengan protes tidak keluar mengundi daripada mengundi pembangkang semasa pilihan raya, di mana ini secara tidak langsung membantu Najib.”
Dakwaan skandal 1MDB juga tidak di lihat mendapat keuntungan tarikan politik untuk pembangkang.
Disebalik usaha pembangkang untuk menggambarkan Najib sebagai seorang kleptokrat dan seorang paria antarabangsa, Najib mampu menemui Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih dan Perdana Menteri Britain Theresa May di London.
Bergambar dengan Trump dan juga May dengan berkesan memusnahkan kempen propaganda pembangkang di kawasan majoriti Melayu luar bandar,” kata Chin.
Kemudian, Najib menerima Raja Salman dari Arab Saudi sebagai tetamu, dan baginda berjanji pelaburan bernilai AS$7 di Malaysia.
Mengambil satu kelemahan Najib ialah ekonomi Malaysia, terutama kekuatan Ringgit Malaysia, di mana telah merosot melebihi 20% nilainya sejak beliau mengambil alih kuasa, kata Chin masyarakat perniagaan secara perlahan telah dapat menyesuaikan diri kepada ringgit yang lemah.said the business community was slowing getting used to the weakened ringgit.
Beliau menambah kebanyakkan orang akan menerima nilai ringgit pada aras sekarang anggaran RM4 kepada AS$1.
Namun satu lagi sebab keyakinan Najib ialah bahawa beliau dengan bijaksana menggunakan Bajet 2018 untuk menyalurkan bantuan kepada lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia di bawah 40% penduduknya dengan bantuan kewangan Bantaun Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pengurangan cukai individu, kata Chin.
Untuk menentukan 1.5 juta penjawat awam menyebelahinya, Chin menambah, selain bonus RM1,500, Najib telah memberi mereka tambahan cuti tanpa rekod untuk mengerjakan umrah dan memudahkan kenaikan pangkat. Di samping cuti bersalin untuk isteri, suami juga boleh mengambil cuti ketika isteri bersalin.
Sehingga penghujung tahun ini, Najib akan menjadi kuat dari segi politik. Urusan beliau dengan PAS telah memberi kesan kepada Mahathir dan PH, dan dakwaan rasuah terhadap 1MBD telah dianggap ‘berita basi’ oleh penggundi penting kawasan majoriti Melayu luar bandar.
Pergi ke hadapan, satu bahaya menghadap Najib ialah kesihatan Hadi. Hadi telah mengalami bebrapa serangan jantung dan ada kemungkinan serangan yang membawa maut boleh berlaku bila-bila masa.
Sekiranya beliau meninggal, PAS akan berpecah dan Najib mungkin tidak akan dapat berurusan dengan pemimpin PAS yang baru, tidak sebagaimana yang beliau biasa berurusan dengan Hadi.
Selagi Hadi masih hidup sehingga pilihan raya umum akan datang, status politik dan reputasi sebagai Perdana Menteri Najib adalah terjamin ,” kata Chin.

No comments:

Post a Comment