Monday, 4 December 2017

SATU LAGI TAMPARAN TERHADAP PENTADBIRAN AZMIN ALI DI SELANGOR

Berkokok berderai-derai ekor bergelumang najis.
Pembongkaran kegiatan melombong pasir dan batu haram yang menyaksikan tahanan reman anak saudara Menteri Besar Selangor, Khamis lepas 30 November 2017 mengundang misteri.

Mohd. Nuzul Fadli Mohd. Noriyualsaid, 34, iaitu anak saudara Mohamed Azmin Ali adalah antara empat lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap aktiviti tersebut di Kajang. Ekoran penahanan keempat-empatnya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun sebuah syarikat bernilai RM4 juta.

Banyak persoalan berlegar tentang pembabitan Mohd. Nuzul dalam kase tersebut termasuk gaya hidupnya yang mendapat perhatian sebelum ini.

Seperti juga yang menjadi tanda tanya besar dalam media sosial, kami ingin tahu apakah kegiatan haram Mohd. Nurul itu mempunyai kaitan tertentu dengan Azmin. Berlakukah salah guna kuasa selain kronisme?

Komen Ummi Hafilda Ali iaitu adik Menteri Besar Selangor yang mendakwa telah lama tahu tindak-tanduk Nuzul dan Azmin berhubung kemungkaran tersebut dan tidak mahu bersubahat, menjadikan isu itu makin panas.

Setakat ini tiada sebarang penafian dan reaksi daripada Azmin. Kes terbaru ini menjadi satu lagi tamparan kepada Menteri Besar Selangor itu yang berdepan banyak kritikal terhadap pelbagai kepincangan pentadbirannya.

Banyak isu berkaitan integriti belum terjawab termasuk yang terkini skandal Tanah Sungai Yu yang dibantah ramai. Untuk maklumat, Selangor menjadi satu-satunya negeri yang belum melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM yang bertujuan mendokong integriti.

Inilah akibat keangkuhan Azmin yang bagai ayam berkokok berderai-derai ekor bergelumang najis.


No comments:

Post a Comment