Sunday 10 December 2017

UNTUK MAKLUMAT ZAID IBRAHIM MELAYU KUDA TUNGGANGAN DAP, BAHAWA SULTAN SELANGOR TIDAK BERSEORANGAN, KALAU ANDA MAHU, LEBIH RAMAI LAGI RAKYAT SELANGOR AKAN TURUN.

Ini baru 5,000 orang, kalau seluruh negeri Selangor macam mana?
Satu perhimpunan aman seramai lebih kurang 5,000 orang peserta dianjurkan oleh Majlis Belia Selangor untuk menzahirkan sokongan terhadap Sultan Selangor  Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi Ahad 10 Disember.
Perhimpunan aman ini diadakan ekoran posting Twitter oleh seorang Melayu kuda tunggangan DAP Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor.
Ia diadakan di padang berhampiran flat Seksyen 16 , kawasan kediaman yang biasanya sunyi telah bertukar kepada “lautan merah” dengan majoriti peserta memakai baju-T merah.
Dengan isu Zaid Ibrahim dengan Sultan Selangor ini, telah mengesahkan syak wasangka orang Melayu selama ini ekoran pendedahan video seorang ahli DAP ‘Superman Hew’ bahawa agenda DAP menggunakan strategi “Malays to screw Malays” jelas sedang direalisasikan sekarang.
Banyak daripada peserta memegang placard tertulis dengan slogans seperti ”Jangan Hina Sultan! Kamidan “Zaid Ibrahim keluar dari Selangor” dengan memakai lilit kepala tertulis “Daulat Tuanku”.
Perhimpunan bermula dengan pemimpin daripada beberapa parti komponen BN menyampaikan ucapan mengutuk kenyataan Zaid terhadap Sultan Sharafuddin dan dakwaan menghina masyarakat Bugis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata kenyataan Zaid amat biadap, dan menyakiti perasaan rakyat Selangor people dan dimurkai oleh Sultan Selangor.
Kami menyeru semua rakyat Selangor berdiri teguh dan bersatu terhadap sebarang tindakan oleh Sultan,” beliau berkata dalam ucapannya.
Noh berkata pengisytiharan sokongan terhadap Sultan Sharafuddin di mana ia juga tuntutan untuk tindakan undang-undang diambil terhadap Zaid dan Dr Mahathir akan diserahkan kepada istana pada Selasa (Dec 12).
Dalam media sosial, Zaid menyatakan yang Pemerintah harus “berhati-hati” dengan perkataan dan Pemerintah tidak akan ada kekebalan sekiranya “negara ini terbakar”..
Tweet beliau dipercayai sebagai respon kepada kenyataan Sultan Selangor dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar The Star.
Dalam wawancara itu, Sultan Sharafuddin telah memberi amaran yang menggunakan isu sensitif secara sengaja  untuk memamcing undi dalam pilihan raya akan memusnakan negara ini.
Sultan berkata baginda tidak ingin melihat orang politik bermain perkara kaum, agama dan lain-lain isu sensitif untuk keuntungan politik.

No comments:

Post a Comment