Sunday, 31 December 2017

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN SIRI 1 - KRISIS PERLEMBAGAAN 1983, MENGURANGKAN KEKEBALAN ATAU IMUNITI RAJA-RAJA MELAYU.


Krisis Perlembagaan 1983 merupakan krisis perlembagaan pertama setelah tiga tahun Tun Dr. Mahathir mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri. Ia bermula apabila beliau cuba mencadangkan untuk meminda sebahagian besar Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kuasa dan imuniti Raja-raja Melayu seperti Perkara 38(4), 66(1), (5) dan 150(1).

Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu Perkara 66 dan 150 di mana ada hubung kait dengan Yang diPertuan Agong (YDPA). Perkara 66 berkenaan kuasa pekenan oleh YDPA dan Yang diPertuan Negeri (YDPN) ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi Perlembagaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Perlembagaan Negeri. Perkara 150 pula kaitan YDPA dengan Rang Undang-udang (RUU) tentang pengisytiharan darurat.

Sebelum krisis 1983, segala RUU yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat akan dipersembahkan untuk mendapat pekenan daripada YDPA, jika YDPA tidak memberi pekenan maka RUU tersebut nyata tidak sah.

Pada peringkat permulaan dalam pindaan ini Tun Dr. Mahathir cuba mencadangkan dalam RUU ini sekiranya tidak dipekenan oleh YDPA dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan sama ada dipekenan atau tidak dipekenankan oleh YDPA akan tetap terus menjadi undang-udang (If for any reason whatsoever a bill is not asserted by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law).

Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majlis Raja-Raja Melayu kerana menurut Perkara 38(4)2 yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan raja-raja mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Ini kerana kedua-dua pindaan tersebut ada kaitan dengan kedudukan raja-raja.

Di atas tentangan Majlis Raja-Raja Melayu, Mahathir tanpa mengambil kira  implikasi pindaan tersebut terhadap bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini pada jangka panjang, terus menghantar lima orang wakil Majlis Tertinggi UMNO pada 20 November 1983 ke Kota Kinabalu Sabah untuk menemui Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang ketika itu. Namun pertemuan itu tidak menghasilkan apa-apa keputusan. YDPA tetap tidak bersetuju tentang pindaan perlembagaan ini.

Oleh kerana tidak mendapat persetujuan daripada YDPA, Tun Dr. Mahathir telah menghasut untuk meraih sokongan rakyat dengan mengadakan sesi penerangan dan perhimpunan berterusan, walaupun banyak rakyat di luar sana menentang pindaan tersebut. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Mahathir bukanlah melalui himpunan rakyat untuk menunjukkan sokongan sebenar kepada beliau terhadap isu pindaan perlembagaan ini, ia sepatutnya dilakukan melalui referandum rakyat untuk menentukan sokongan sebenar terhadap cadangan beliau itu.

Memandangkan ia telah melibatkan rakyat walaupun bukan majoriti, telah menyebabkan Majlis Raja-Raja mengubah keputusannya mereka. Pada 15 Disember 1983, Majlis Raja-Raja Melayu dengan persetujaun Timbalan YDPA bersetuju agar Tun Dr. Mahathir membawa balik cadangan tersebut ke Dewan Rakyat supaya dimasukkan ke dalam RUU.
Mengikut tempoh yang dipersetujui oleh baginda untuk memberi pekenan pada RUU ditambah menjadi 30 hari bukannya 15 hari sebagaimana yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Di mana sesudah suatu RUU diluluskan oleh Dewan Rakyat kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama untuk baginda memberi pekenan atau mengembalikannya semula kepada Dewan Rakyat bagi pindaan selanjutnya, apabila Dewan Rakyat memindanya, maka 30 hari berikutnya untuk YDPA memberi pekenan atau tidak sekali lagi. Selepas itu, RUU tersebut secara automatik akan menjadi undang-undan tidak kira sama ada ia mendapat pekenan atau tidak oleh baginda.

Ini serupalah yang kuasa YDPA dihapuskan, bukannya dipinda sebagaiman Mahathir kata.

Manakala Perkara 150 berkenaan dengan perisytiharan darurat, ia kekal seperti sebelumnya, namun kuasa YDPA untuk perisytiharannya ialah atas nasihat kabinet.

Kesimpulannya, walaupun Tun telah menyatakan kononnya pindaan ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan sistem Raja Beperlembagaan , tetapi pada jangka panjang Tun telah memberi banyak ruang kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda untuk menulis semula Perlembagaan Malaysia. Terutama konsep Malaysian Malaysia DAP yang menentang sistem Raja Beperlembagaan; pembahagian masyarakat antara Bumiputra dan bukan Bumiputra; hak keistemewaan orang Melayu ; Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Apabila ini berlaku, tidak mustahil sistem Raja Beperlembagaan terhapus oleh golongan ini. Tempoh pekenan YDPA selama 30 hari boleh dimanpulasikan oleh kumpulan berkepentingan ini untuk menulis semula Perlembagaan Malaysia yang baharu sebagai undang-undang negara tanpa sekatan dari YDPA.

Sebelum ini, walaupun negara ini negara berbilang kaum dan agama, namun pemerintahan negara ini masih bertunjangkan Melayu dan Islam serta berpayung di bawah Duli Yang Maha Mulia YDPA dan Raja-Raja Melayu.

YDPA dan Raja-Raja Melayu adalah benteng terakhir bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Dengan hilangnya sistem Raja Beperlembagaan , maka hilanglah ‘Hak Keitimewaan orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak’ serta ‘Islam sebagai agama persekutuan’ seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akhir sekali tinggallah Tun Dr. Mahathir dengan sikap ego dan gila kuasanya, ‘ibarat menang sorak kampung tergadai’.





No comments:

Post a Comment