Thursday 14 December 2017

SKANDAL TANAH SUNGAI YU : TAHNIAH SPRM BUKA SEMULA SIASATAN



Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya akan membuka semula kertas siasatan skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjung Karang yang menyaksikan pelbagai episod kronisme, salah guna kuasa dan penyelewengan kronik.

Pengesahan itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, enam hari berselang setelah Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) mengesahkan wujudnya pelanggaran syarat dalam skandal berkenaan.

Menurut beliau, siasatan ke atas kes tersebut dibuka semula setelah pihaknya memperolehi bukti-bukti baharu dan serentak dengan itu juga, beberapa saksi akan dipanggil untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan dengan skandal terbabit, yang melibatkan tanah selua 14.4 hektar.

“SPRM melihat semula kase ini dan menjalankan siasatan berdasrkan bukti baharu yang diterima. Dokumen-dokumen daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta lain-lain dokumen sedang dikaji dan ada keperluan bagi SPRM memanggil saksi untuk menjelaskan beberapa isu.

“Siasatan menjurus kepada salah guna kuasa pihak tertentu dalam pembahagian lot-lot tanah berkaitan,” katanya menerusi Whatsapp kepada sebuah akhbar semalam.

Pada Jumaat lalu, Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh mengakui wujudnya pelanggaran syarat dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu setelah pihaknya meneliti secara terperinci segala maklumat yang diperolehi oleh Pejabat Tanah Daerah (PTD) serta PTG negeri.

Pengesahan tersebut nyata bertentangan sama sekali dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menafikan wujudnya sebarang penyelewengan dalam isu berkenaan setelah ia didedahkan Utusan Malaysia, selain turut dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Serentak dengan pengakuan SELCAT itu, Hannah turut mengeluarkan lima resolusi kepada kerajaan negeri antaranya meminta Mohamed Azmin Ali menggantung proses pemberi milikan tanah hingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik, selain mengesahkan semula kelayakan pemohon.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan pelbagai skandal di sebalik pemberian tanah tersebut antaranya mengenai kewujudan 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi mampu melepasi tapisan Jawatankuasa Pemilih dan juga kerajaan negeri.

Terbaharu, iaitu hari itu, Utusan Malaysia mendedahkan terdapat 16 keluarga yang dipercayai ada kaitan dengan kepimpinan DAP dan PKR bertindak membolot tanah di Sungai Yu, dengan menggunakan nama sendiri, bapa, emak, isteri, adik beradik, ipar dan juga sepupu.


No comments:

Post a Comment