Wednesday, 13 December 2017

ISU SKANDAL TANAH SUNGAI YU - SPRM PERLU SEGERA SIASAT PIMPINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SALAH GUNA KUASA.


Sebenarnya bukan tiga, sebaliknya terdapat 16 keluarga yang dipercayai ada kaitan dengan kepimpinan DAP dan PKR bertindak membolot lot tanah di Sungai Yu sekali gus mendedahkan kronisme, salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa dalam skandal tersebut. 

Perkara ini didedahkan sendiri sumber Pejabat Tanah dan Galian (PTG) kepada sebuah akbar tempatan setelah sekian lama mereka mengambil sikap mengunci mulut dalam isu tersebut kerana bimbangkan tindak balas politik daripada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dakwa sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan, pihak PTG sudah mengenal pasti ada sesuatu tidak kena dalam proses pemilihan sejak dari awal lagi, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana wujudnya tekanan politik oleh Ahli Jawatankuasa Pemilih dan pemimpin tertentu.

Persoalannya kini, siapa atau pihak manakah yang menjadi ‘tangan ghaib’ di sebalik semua skandal tersebut sehingga Mohamed Azmin sanggup memberi kelulusan dan turun menyerahkan Borang 5A kepada penerima pada Ogos tahun lalu.

“Saya boleh sahkan terdapat 16 keluarga yang membolot tanah itu dengan menggunakan nama ahli keluarga masing-masing, bukan tiga seperti dilaporkan sebelum ini. Selain nama sendiri, bapa, emak, isteri dan ipar, nama sepupu juga turut digunaka,” kata sumber itu.

Pada Jumaat lalu, Jawtankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggunjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemberian tanah di Sungai Yu dan itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan Mohamed Azmin yang menafikan wujud sebarang penyelewengan.

Pengerusi SELCAT, Hanna Yeoh menyatakan, pelanggaran itu berlaku selepas pihaknya membuat semakan terperinci berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan PTG negeri.

Sehubungan itu, SELCAT mengeluarkan lima resolusi kepada kerajaan negeri meminta Mohamed Azmin menggantung proses pemberi milikan tanah di Kampung Sungai Yu sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baru dilantik selain mengesahkan semula kelayakan para pemohon.

Walaupun resolusi penggantungan proses pemberi milikan telah dikeluarkan oleh SELCAT, namun penyalahan guna kuasa, penyelewengan dan pemalsuan tetap telah berlaku sebelum itu. Dan juga ia telah diluluskan sendiri oleh Menteri Besar Mohamaed Azmin serta menyerahkan Borang 5A kepada penerima pada Ogos 2016. Oleh itu, adalah wajar untuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terus menyiasat skandal ini dengan seberapa seggera sebelum ada usaha untuk menggagalkan siasatan SPRM. Ini perkara serius yang sepatut diambil perhatian oleh pihak SPRM untuk melindungi rakyat yang berpendapatan rendah.

Sebuah akhbar sebelum ini telah mendedahkan antaranya 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut juga diberi kelulusan oleh Kerajaan PKR Selangor dan bagaimana ‘individu’ terbabit boleh melepasi tapisan kekal menjadi persoalan.

Tidak sekadar itu, syarat pendapatan bawah RM3,000 juga dilanggar manakala lebih 70 peratus daripada 175 penerima adalah orang luar dengan ada di kalangan mereka menetap di Batu Kawan, Pulau Pinang; Padang Serai Kedah; Ipoh Barat Perak; Masjid Tanah Melaka dan Rembau Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment