Wednesday 27 December 2017

TUGAS YANG SUKAR MAHATHIR, PPBM DAN PAKATAN HARAPAN MENGHADAPI PRU 14.


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah kelihatan menghapi cabaran yang serius untuk kekal relevan bagi menghadapi PRU ke 14 akan datang berikutan dengan pertelagahan dan krisis dalaman parti tahun ini.
Sejak ditubuhkan lebih kurang setahun yang lalu, wujud beberap isu dalam PPBM seperti hilang keyakinan dalam kepimpinan tertinggi dan ketidak tentuan arah tuju parti di mana kelihatan banyak jumlah ahlinya meninggalkan parti.
Dikalangan mereka yang meninggalkan parti ialah pengasasnya, seperti bekas naib presiden Datuk Hamidah Osman, bekas setiausaha eksekutif Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas ketua sayap wanita Anina Saadudin.
Kamarul Azman keluar dari PPBM pada April 2017, mendakwa parti itu tiada arah yang jelas untuk memperjuangkan rakyat, sementara Hamidah dan Anina keluar dari  PPBM pada Sept 2017 setelah menzahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan parti.
Banyak lagi individu menyandang beberapa jawatan di peringkat pusat atau negeri juga telah membuat keputusan untuk meninggalkan parti, termasuk bekas penolong setiausaha sayap wanita Hasnita Hishamudin pada September 2017 dan lima lagi pemimpin sayap wanita daripada tiga bahagian di Kedah awal bulan ini.
Banyak lagi lain-lain ahli PPBM, termasuk lebih kurang 500 orang ahli daripada bahagian  Rembau, Negri Sembilan, lebih 1,000 orang ahli di Perak dan 200 orang ahli di Malacca, telah juga dilapurkan meninggalkan parti tahun ini di atas pelbagai alasan, terutama setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan atasan parti.
Kebanyakkan daripada ahli parti juga kecewa dengan kemungkinan parti PPBM diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana kegagalan mengadakan mesyurat agung tahunan sejak ditubuhkan. Yang lebih serius sekiranya parti ini gagal mengadakan mesyurat agung sebelum PRU 14, bukan sahaja parti tidak layak meletakkan calun pada PRU 14, malah gabungan Pakatan Harapan tidak sah pendaftarannya dan setiap parti-parti gabungan akan terpaksa bertanding atas nama parti masing-masing. Apabila ini berlaku, PRU 14 akan memihak kepada Barisan Nasional.
Mungkin inilah realiti yang dihadapi oleh Mahathir yang menubuhkan PPBM tanpa sebarang asas yang kukuh dan hanya berdasrkan balas dendam dan kerana untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Selain daripada krisis yang melanda parti itu, Dr Mahathir telah dilihat sebagai tidak relevan dan tidak konsistan sebagaiman mempunyai kecenderungan menukar pendirian atas beberapa perkara, sehingga beliau digelar jaguh pusingan-U atau Mahathir U-turn sebagaiman yang Najib gelar.
Saya adalah orangnya yang memulakan melabel DAP sebagai parti cauvinis Cina. Tetapi apabila saya menemui mereka, saya mendapati mereka bukanlah parti hanya untuk kommuniti Cina seperti MCA,” kata Mahathir sebagaiman dilaporkan oleh sebuah portal berita.
Mahathir bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO dari 1981 hingga 2003 telah dengan lantang mengkritik DAP sebagai satu parti cauvinis dan telah melabel Lim Kit Siang sebagai seorang perkauman dan pelampau perkauman.
Beliau juga telah mengkritik Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan BN, tetapi kemudian menzahirkan hasrat beliau untuk meneruskan dengan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pilihan raya akan datang.
Pengerusi PPBM juga mewujudkan kontroversi apabila beliau hina kommuniti Bugis pada satu perhimpunan pada Oktober 2017 di mana telah mengundang bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah marah dan kecewa terhadap perkara tersebut.
Pada July 13 2017, Pakatan Harapan di mana merupakan gabungan empat parti pembangkang – DAP, PPBM, PKR dan Amanah – mengumumkan satu struktur kepimpinan yang baharu dengan Dr Mahathir dilantik sebagai Phairman sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan sebagai pemimpin de facto.
Keputusa dibuat oleh Majlis Presiden gabungan pembangkang telah dilihat keputusan sebulat suara dikalangan parti komponen, tetapi isu utama tentang siapakah calon untuk Perdana Menteri terus menjadi persoalan dalam gabungan itu.
Malah walaupun Kongres Kebangsaan Tahunan PKR pada Mei 2017 melantik  Anwar sebagai calon Perdana Menteri tetapi beliau sekarang sedang menjalani hukum penjara kerana didapati bersalah kerana meliwat dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Awal bulan ini, cadangan untuk melantik Mahathir kepada jawatan itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai penolongnya masih berpura-pura menunggu restu daripada Anwar.
Isu tentang  Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan juga mendapat perhatian  Najib yang menganggap cadangan untuk melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sebagai tidak lojik semasa ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO  2017 pada 09 Disember 2017.
Saya dengar seorang orang tua 93 tahun masih lagi berminat untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi….Pembangkang betul-betul dalam huru-hara,” kata Najib.
Di satu sidang media pada 12 Disember 2017, Dr Mahathir mengumumkan yang  Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan calon Perdana Menteri dan beliau bersedia untuk dilantik sekiranya gabungan pembangkang tidak mempunyai sesiapa untuk dilantik sebagai calon.


No comments:

Post a Comment