Friday, 22 December 2017

POLEMIK SAMAN PANEL RCI FOREX - MAHATHIR CUBA BENTUK PERSEPSI RAKYAT BAHAWA BELIAU SUCI DARI JENAYAH.


Satu demi satu polemik dicipta untuk terus kelirukan dan pusing kepala rakyat. Buat tuduhan pasal ECRL, tuduh pasal 1MDB, tuduh pasal derma dari Arab Saudi dan tuduh kononnya Bank Negara hilang duit antara 2013 dan 2015.
Semua ini hanyalah polemik yang dicipta sahaja. Sudah dijawab beratus kali. Namun benda itu diulang balik agar rakyat jadi terus keliru dan terus benci kerajaan.
Dalam banyak benda yang ditanya kepada Najib, semua sudah dijawab dengan tersusun. Amat berbeza dengan soalan soalan yang ditanya pada Mahathir. Banyak yang dielak, dipusing dan dibuat “tidak tahu” sahaja.
Sejak berkawan dengan Anwar, Mahathir pun sudah pandai pakai taktik “tangguh, tangguh, tangguh” menggunakan saman dan mahkamah. Padahal RCI ditubuh dengan perintah YDP Agong, sampai begitu sekali Mahathir berani mencabar keputusan yang sudah pun dibuat oleh pihak yang menjalankan tugas dengan perkenan YDP Agong.
Mahathir kena lawan juga kerana terlalu takut. Mahathir terlihat amat ketakutan apabila panel RCI Forex telah membuat keputusan dan mahu menyebarkan jilid laporannya kepada rakyat.
Takut sangat Mahathir untuk bagi rakyat baca tentang hilangnya wang RM31.5 billion di Bank Negara. Kalau rakyat baca satu persatu keterangan saksi dan bagaimana hilangnya wang itu, rakyat sudah boleh buat kesimpulan siapa dalang sebenar kejadian itu.
Ini kerana selama ini Mahathir berjaya menipu rakyat dengan imej dirinya sebagai seorang tua yang lemah dan sedang berlawan dengan Datuk Najib yang dituduh dengan bermacam gelaran dan tohmahan.
Namun laporan RCI menunjukkan Mahathir mentadbir kerajaan dengan penuh konspirasi dan skandal menipu rakyat dan ahli kabinetnya sendiri.
Dengan melantik hanya seorang sahaja menguruskan berbillion billion wang rakyat tanpa had, kuasa mengalahkan Menteri Kewangan dan tanpa batas, ia sudah menunjukkan ia ciri ciri besar Mahathir yang ada di belakangnya.
Apakah wang berbillion boleh beralih tangan tanpa pengetahuan Perdana Menteri? Selama 3 tahun berturut turut? Ini merupakan satu lawak jenaka.
Mahathir tersepit , sama ada mahu menjadi Perdana Menteri yang bodoh yang “tidak tahu” apa apa terjadi di bawah hidungnya atau mahu menjadi Perdana Menteri yang tahu. Lalu terpaksalah Mahathir buat tindakan saman ini untuk tunjukkan dia seolah olah bertanggungjawab dan suci daripada jenayah.
Setelah memilih berlakon menjadi Perdana Menteri yang bodoh tidak berpengetahuan apa apa di dalam pentadbiran wang negara, maka Mahathir menjawab “tidak tahu” pada hampir seluruh soalan semasa ditanya oleh panel RCI Forex.
Natijahnya , setelah keluar laporan RCI, Mahathir terlihat bodoh pada laporan itu. Maka apakah jalan terbaik untuk diambil? Tidak lain dan tidak bukan adalah menghalang laporan itu dari dibaca oleh rakyat.
Cara cara Mahathir menipu rakyat dan mahu kelihatan sebagai hero yang suci adalah dengan mengambil tindakan menghalang laporan itu disebarkan dengan alasan guaman dan penghakiman.
Maka jalan terbaik adalah menunjukkan dia di pihak yang benar dengan bertindak menyaman RCI.
Sebelum bermula “task force” pun Mahathir yang hebat berlakon berani depan rakyat tetapi banyak buat kerja kotor belakang rakyat sudah cuba menghalang prosiding.
Mahathir mencari helah  berkenaan ahli panel dan mahu beberapa ahli panel di gugurkan. Ini cara Mahathir ganggu kerana Mahathir dalam ketakutan.
Untuk pengetahuan umum , Mahathir juga mahu tulisan dan syarat tertentu diselitkan pada laporan RCI.
Ini helah Mahathir supayaa RCI menolak kehendaknya, lalu adalah alasan untuk peguam Mahathir, Hanif Khatri Abdullah membawa ke mahkamah bagi melengahkan laporan disebarkan kepada rakyat.
Tujuan Mahathir amat mudah, dia cuba melengah lengahkan sebaran laporan RCI berkenaan skandal wang terbesar negara dan  bagaimana Perdana Menteri ketika itu sekongkol dengan individu lain untuk menipu rakyat dengan jumlah kehilangan wang yang paling besar di dunia.
RCI sebenarnya sudah menghidu beberapa kesalahan seleweng dan menipu oleh pentadbiran Mahathir ketika siasatan masih  di peringkat ”task force” lagi.
Antaranya , laporan kerugian tidak sama dan berbeza. Kedua, cubaan menutup jumlah dengan laporan Menteri Kewangan kepada Parlimen.
Di situ sahaja sudah ada kesalahan. Kini boleh lah kita rumuskan, Mahathir tersepit dan sedang berada dalam kecemasan.
Bayangkan jika artis artis yang memujanya membaca laporan bahawa orang yang disanjung berlakon bodoh di Mahkamah RCI dan sentiasa menjawab “saya tidak tahu” tetapi berlagak hero yang tahu macam macam hal ketika sudah tidak berkuasa ketika mahu mengenakan pihak lain.
Tentu mereka akan kecewa dan malu. Fatiya, Sheila Majid, Adidah Noor tentu masuk gua jika laporan sebenar itu sudah keluar nanti kerana malu alah mempercayai Mahathir.
Maka kini, apa yang cuba dibuat oleh peguam Mahathir adalah dengan menyaman RCI. Tindakan saman ini hanyalah polemik dan kartun sahaja.
Sekadar cubaan untuk melengahkan laporan dari disiarkan dan menunggu PRU14. Jika menang bolehlah membatal kan semua “finding” dan bakar semua laporan dari pengetahuan rakyat.
Itu yang Mahathir harap sangat. Oleh kerana itulah bersungguh sungguh benar dia hendak pada kuasa, agar semua dosanya itu hilang di bawah karpet selama lamanya. Kemudian boleh buat dosa baru, hilangkan pula segala apa yang ada selama ini ke tangan DAP dan PKR.
Cukup-cukuplah Mahathir, semua dosa anda bukan ditentukan oleh polemik yang anda telah lakukan. Seandainya melalui polemik anda, mungkin persepsi rakyat  anda seorang yang suci. Oleh itu bersabarlah, tunggulah Pasukan Petugas PDRM membuat siasatan, selepas itu tunggulah mahkamah membuat keputusan dan akhir sekali tunggulah penentuan daripada Allah Subhanatalla sama ada anda bersalah atau tidak.


No comments:

Post a Comment