Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli DAP sekarang, Datuk Zaid Ibrahim dicela kerana bukan sahaja menghina Sultan Selangor malah cuba mengugut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti dalam twitter beliau di bawah.
Tindakan Zahid itu bukan sahaja dianggap biadab serta berunsur anarki (ugutan pemberontakan) tetapi turut memperlihatkan dirinya yang gagal memahami maksud sebenar titah baginda yang mengambil berat terhadap masa depan negara serta keharmonian rakyat di negara ini terutama sekali di negeri Selangor.
Titah Sultan Selangor itu harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang terutamanya DAP yang membenci sistem beraja telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.
Sudahlah titah baginda pada bulan lalu menegur kenyataan rasis Dr. Mahathir Mohamad (Pengerusi Pakatan Harapan dikuasai DAP) yang menyatakan bangsa Bugis sebagai lanun tidak mahu dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini mereka mempertikaikan serta mengugut Sultan kononnya baginda telah mencampuri hal politik. Ini jelas dari apa yang dimaksudkan oleh Zahid Ibrahim dalam facebooknya. Nampaknya mereka sudah melampaui batas ibarat ‘kaduk naik ke junjung’.
Kami yakin Raja-raja Melayu merupakan tiang utama negara ini, tiada siapa boleh mempertikaikannya,manakala titah yang dibuat oleh baginda telah disusuli dengan pertimbangan dari setiap sudut selaras dengan tanggungjawab baginda memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.
Malah, titah Sultan Selangor itu jelas bukan bersifat politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan kepada para pemimpin dan rakyat daripada semua kaum supaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negara ini.
Tindakan Zahid mempertikai baginda adalah jelas beliau cuba menafikan peranan raja-raja Melayu. Beliau menunjukkan sikap angkuh dan biadab.
Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi wawancara khas dengan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam menyatakan kebimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeksploitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha mendapat sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan meletakkan negara ke arah kehancuran yang mana isu tersebut sentiasa menjadi perkara yang dibincangkan serta dibimbangkan oleh sembilan raja-raja Melayu di negara ini.
Malah, dalam wawancara sama, baginda turut menegur Mahathir yang sebelum ini menghina etnik Bugis selain menyifatkan bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang pemimpin yang memiliki inferiority complex (rendah diri yang kompleks) selain perasaan kebencian mendalam dalam dirinya terhadap orang lain.
Bagaimanapun, pandangan baginda itu dipertikaikan oleh Zaid Ibrahim apabila beliau menasihatkan baginda supaya berhati-hati dalam berkata-kata.
Yang kami pertikaikan di sini ialah, sejak bila Zaid Ibrahim seorang ahli politik katak lompat yang tidak stabil ideologi politiknya sentiasa berubah, dilantik oleh istana Selangor untuk menjadi penasihat baginda? Hakikatnya, sebagai seorang Melayu, beliaulah sepatutnya menerima nasihat bagaimana adat untuk berkomunikasi dengan Raja-raja Melayu supaya tidak menjadi kurang ajar dan biadap.
Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial twitternya seperti di atas, beliau menyatakan,”Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar”.
Kenyataan berunsur penghinaan beliau terhadap baginda Sultan Selangor itu adalah serius dan boleh dikategorikan sebagai hasutan kerana boleh diekses umum untuk dijadikan rangsangan kepada pihak lain yang mempunyai agenda yang sama.
Oleh itu Zaid Ibrahim harus disiasat dan didakwa Akta Hasutan 1948 Seksyen 3(1)(a), iaitu mendatang kebencian atau penghinaan atau mendatangkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan. Siasatan boleh dilaksanakan mengikut Seksyean 121 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan untuk melancarkan perang terhadap Yang diPertuan Agong atau Raja-Raja atau Yang diPertuan Negeri.
Ini adalah untuk memberi pengajaran kepada sesiapa terutama pembangkang untuk menghormati ‘Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan’ di negara ini.
No comments:
Post a Comment