Monday 4 December 2017

SPRM : KERAJAAN NEGERI SELANGOR RUGI BERJUTA RINGGIT KERANA PERLOMBONGAN PASIR DAN BATU HARAM.


(Bernama) – Kerajaan negeri Selangor dipercayai mengalami kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun disebabkan aktiviti lombong pasir dan batu haram oleh sebuah syarikat di Kajang sejak 2014.
Punca Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan yang agensi tersebut sedang menyiasat kase ini, dan setakat ini mendapati bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang permit, tetapi telah meraih keuntungan daripada kegiatan haram itu dengan menggunakan berpuloh lori setiap hari.
SPRM sekarang sedang menilai kerugian dari segi hasil yang gagal dikutip oleh kerajaan negeri dan bagaimana syarikat tersebut mampu meneruskan kegiatannya tanpa dikesan oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan”, punca tersebut memberi tahu Bernama.
Penyiasatan awal juga mendapati yang pengarah syarikat tersebut, seorang jutawan, merupakan perancang terhadap aktiviti perlombongan haram itu.
Pengarah syarikat tersebut juga memiliki keseluruhan kawasan perlombongan tersebut dan usaha sedang dibuat untuk mendakwa beliau,” jelas punca tersebut.
Apabila dihubungi, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Simi Abdul Ghani, mengesahkan tentang penyiasatan terhadap syarikat perlombongan tersebut dan operasinya.
Beliau berkata empat individu telah ditahan dan direamand selama tujuh hari bermula kelmarin untuk bantu siasatan.
Kelmarin, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank berjumlah RM4 juta, dipercayai sebahagian daripada keuntungan daripada aktiviti perlombongan haram itu.


No comments:

Post a Comment