Tuesday, 19 December 2017

LAYANAN ISTIMEWA KEPADA PEMAJU : GUAN ENG ADA UDANG SEBALIK BATU.


‘Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, akhirnya akan diketahui juga…’ itulah yang boleh diibaratkan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang selama ini cuba digambarkan ‘suci’ tetapi sebenarnya penuh dengan kekotoran.
Selama ini, kerajaan negeri cuba berselindung berkaitan isu penjualan tanah malah lebih teruk lagi ada pemaju yang menerima layanan anak emas apabila tidak perlu melalui tender dan diberi hak keistimewaan membayar secara ansuran.
Menurut Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar, sudah sampai masa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang ‘menceritakan’ hal sebenar sekiranya pentadbiran DAP benar-benar telus.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu jelaskan kenapa ada pemaju yang menerima layanan istimewa dalam urus niaga tanah dengan kerajaan negeri. Contohnya kes penjualan tanah Bayan Mutiara kepada anak syarikat Kumpulan Ivory. Mengikut perjanjian SPA, bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh lima tahun atau 60 bulan namun sehingga kini 2017, mengikut rekod hanya dua pembayaran saja yang telah dibuat.
“Sepatutnya semua pembayaran telah selesai pada tahun November 2016 kerana penjualan berlaku pada November 2011. Apakah kerajaan negeri memberi lanjutan tempoh bayaran kepada Ivory?
“Pada 2014, kerajaan negeri jual pula tanah di Batu Kawan kepada Aspen Vision Land Sdn. Bhd, sebuah syarikat di mana Ivory memiliki 49 peratus sahamnya. Pada masa itu Ivory masih berhutang bayaran untuk pembelian tanah Bayan Mutiara. Kenapa kerajaan negeri masih menjual kepada Aspen dengan terma bayaran ansuran lima tahun juga?,” ujar beliau.
Tambah Azizi, seperkara lagi yang menjadi persoalan adalah mengapa pemaju dibenarkan memajukan tanah-tanah yang dibeli walaupun bayaran belum dibuat sepenuhnya. Adakah untuk memberi ‘laluan’ agar membolehkan pemaju membuat keuntungan awal dan mengumpul wang/dana bagi membayar harga pembelian tanah.
“Adakah ini menjadi alasan mengapa Lim Guan Eng menubuhkan CMI (Chief Minister Incorporated) iaitu untuk memudahkan urusan penjualan tanah kerajaan negeri kepada pihak lain.
“Jika berurusan memggunakan Setiausaha Kerajaan Negeri Diperbadankan (SSI), pemaju-pemaju harus membuat bayaran penuh premium tanah sebelum hak milik tanah diberikan oleh kerajaan negeri. Dengan adanya CMI, urusan jual beli tanah boleh dibuat seperti urusan perniagaan biasa.
“Sayang betul Guan Eng dengan pemaju namun mengapa rasa sayang tersebut tidak dicurahkan kepada rakyat yang memberi undi kepadanya,” sindir Azizi lagi. Ini mesti ada udang di sebalik batu. Ini mungkin ada ‘masuukk’ !!!!!!

No comments:

Post a Comment