Friday 15 December 2017

MATLAMAT MAHATHIR PULANG DARJAH KEBESARAN UNTUK MENCABAR INSTITUSI DIRAJA?


Sebenarnya cabaran Mahathir terhadap institusi diraja bukan kali pertama beliau lakukan. Beliau telah lakukan sejak 1983 dalam satu Krisis Perlembagaan, di mana beliau telah mengurangkan imuniti Raja-raja Melayu.

Perkara yang telah menimbulkan Krisis Perlembagaan 1983 berkaitan dengan Perkara 66 dan 150 kedudukan Yang diPertuan Agong (YDPA). Perkara 66 ialah kuasa pekenan oleh YDPA dan Perkara 150 ialah kuasa pengisytiharan darurat oleh YDPA.

Sebelum Krisis Perlembagaan 1983, segala rang undang-undang (RUU) yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan dipersembahkan untuk mendapat pekenan YDPA.

Dalam pindaan perlembagaan yang dibuat Mahathitr, di mana satu RUU diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara ia akan dikemukakan kepada YDPA, di mana 30 hari pertama akan memberi pekenan atau mengembalikan semula bagi pindaan selanjutnya, apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara selesai memindanya, maka 30 hari seterusnya tempoh YDPA untuk memberi pekenan sekali lagi atau tidak. Seandainya ia masih tidak dipekenankan selepas itu, maka RUU tersebut secara automatik menjadi undang-undang tidak kira sama ada ia dipekenankan atau tidak. Dalam hal ini hakikatnya adalah serupalah YDPA tidak diberkan kuasa pekenan untuk menentukan tentang hala tuju negara ini.

Dikuatiri pindaan yang dibuat oleh Mahathir itu pada jangka panjang akan membuka ruang yang luas sebagai satu ancaman kepada survival Bangsa Melayu dan Agama Islam sekira UMNO dan Barisan Nasional tidak berkuasa lagi. Memandangkan YDPA merupakan benteng terakhir survival Bangsa Melayu dan Islam dinegara ini,maka tidak mustahil Perkara 3 (Islam agama persekutuan), Perkara 38 (Fungsi Raja-raja Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan) dan Perkara 153 (YDPA pelindung kepada hak keitemewaan orang Melayu) akan tulis semula oleh DAP sekiranya UMNO dan BN tidak berkuasa lagi.

Oleh itu tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor disifatkan sebagai sekali lagi bekas Perdana Menteri itu untuk mencabar institusi diraja.

Dalam masa sama, Dr. Mahathir juga dilihat seperti mempunyai agenda tertentu bagi membangkitkan kemarahan rakyat terutama yang bukan Melayu dan sebahagian Melayu untuk tidak lagi mempercayai Raja-raja Melayu.

Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini bukan perkara kecil meskipun dalam bentuk pemulangan pingat kerana beliau seolah-olah cuba memberi tekanan terhadap institusi tersebut.

Bagi sesiapa yang rapat dengan bekas Perdana Menteri itu sudah memahami sikap dan caranya yang sentiasa mempunyai strategi serta tujuan tertentu setiap kali melakukan sesuatu.

Sebenarnya Dr. Mahathir ada mesej dan strategi tersembunyi yang cuba dilakukan bagi membangkitkan kebencian kepada institusi diraja kerana beliau tahu mempunyai sokongan daripada luar khususnya DAP yang membenci sistem beraja.

Sebelum itu, Istana Selangor mengesahkan Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali telah memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor pada Khamis lalu.

Istana Selangor dalam kenyataan menerusi Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais dilaporkan berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kembali pemulangan darjah-darjah tersebut tanpa sebarang halangan.

Kami berpendapat, sekiranya Pengerusi PPBM itu merasakan penghargaan tersebut tidak penting, Mahathir perlu memulangkan semua pingat kebesaran yang beliau terima daripada lain-lain raja-raja Melayu termasuk gelaran ‘Tun’ yang beliau terima daripada YDPA.

No comments:

Post a Comment