Friday, 22 December 2017

SKANDAL KERUGIAN FOREX BNM - POLITIK HIPOKRIT MAHATHIR DAN KIT SIANG.


Tahap hipokrasi yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang terserlah apabila kedua-dua pemimpin utama pakatan harapan itu meletakkan kepentingan politik melebihi keutamaan mencari kebenaran.

Kami lihat ini jelas apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyerang dan menyalahkan Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kenyataan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu dalam sesi pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal kerugian urus niaga mata wang asing bank pusat tersebut.
Tun Mahathir sepatutnya memarahi Lim Kit Siang, bukannya Murad.
Murad hanya beri keterangan dalam pendengaran RCI berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.
Bagaimanapun, Kit Sianglah yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara.

Di sini kami ingin menimbulkan persoalan, bukankah selama ini Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Tun Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran.
Justeru itu kami berpandangan bahawa kedua-dua mereka itu kini masing-masing membuat pusingan-U kerana memerlukan satu sama lain.
Kini Tun Mahathir memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya untuk menjatuhkan Najib..
Manakala Kit Siang pula memerlukan Tun Mahathir untuk menipu orang Melayu bagi meraih undi Melayu, oleh itu kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.
Persekongkolan mereka tidak ikhlas dengan niat yang jahat untuk mempergunakan di antara satu sama lain. Jika rakyat membiarkan ini negara ini akan musnah apabila mereka berjaya menguasai negara ini.
Adakah kami rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini mudah tertipu dengan kedua orang pemimpin yang hipokrit ini yang cuba untuk memusnahkan negara ini?


No comments:

Post a Comment